TerasMalaysia

Google tawar RM500,000 kepada usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan, ini syaratnya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Google tawar RM500,000 kepada usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan, ini syaratnya

Google kini sedang menjalankan program yang akan membuka peluang kepada usahawaan muda untuk peroleh sebanyak RM500,000 untuk mana-mana perniagaan permulaan. Dana itu didedikasikan untuk menyokong syarikat baru yang diasaskan oleh wanita khususnya di rantau Asia-Pasifik.

Program yang dipanggil Google for Startups Women Founders Fund, yang menyediakan modal ekuiti percuma AS$100,000 (sekitar RM500,000) kepada enam syarikat baharu yang diasaskan oleh wanita tahun ini.

Bagaimanapun, dana ini hanya diutamakan kepada perniagaan dalam bidang kecerdasan buatan atau AI di India, Jepun dan Korea Selatan, sebelum berkembang ke pasaran Asia Pasifik yang lain.

Ketiga negara ini dipilih kerana Google melihat perkembangan perniagaan AI yang diasaskan oleh wanita melalui program Google yang lain. Seperti Google for Startup Campus di Jepun dan Korea, dan Startup School di India.

Baca : Hanya kerana minum 4 botol besar air mineral, wanita ini tiba-tiba rebah dan meninggal di garaj rumah

Leave a Comment