Guna 4 bahan ini untuk hilangkan bau kepam di ruangan rumah, kos mampu milik dan cara yang senang. BILIK tidur dan ruang tamu adalah ruang yang perlu dijaga kebersihan serta kekemasannya bagi membolehkan kita berehat dan tidur dengan tenang.
Ini termasuklah memastikan ruang ini berbau wangi sepanjang hari.
Sebenarnya ada bahan lain yang boleh digunakan untuk tujuan ini jika tidak mahu menggunakan pewangi bilik.
Bukan sahaja mudah, tetapi baunya juga cukup menenangkan selain tidak memerlukan kos yang tinggi dan paling penting tidak membahayakan kesihatan.
Menurut Azlin Alias, dia menggunakan empat bahan untuk mengharumkan bilik sehingga baunya semerbak ke segenap ruang.
Bahan-bahan
- 1. 2 cawan kecil pewangi baju (Softlan)
- 2. 2 sudu kecil baking soda
- 3. 2 cawan cuka masakan
- 4. 1 cawan air panas
Cara-caranya
- 1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas mengikut turutan bahan di atas
- 2. Kacau semua bahan sehingga sebati
- 3. Masukkan campuran ke dalam satu botol kosong jenis semburan (spray)
Dalam video perkongsiannya, Azlin menunjukkan beberapa ruang dan fabrik yang disembur seperti langsir, karpet dan bantal.
Selepas petua ini menjadi, barulah berasa lebih yakin sekiranya nak jemput tetamu datang ke rumah.
@ciklynalias Dia macam febreze. Nyahkan bauan dalam rumah.Ketahanan bau tu tak sampai 24jam. Saya juz share tips yang mudah Dan saya guna. Terpulang pada masing-masing. Ada yang kata Tak menjadi tu maybe dia dah biasa guna yang mahal-mahal. Hidung Tak sama kan π€ #pewangirumah #tipapewangirumahmurah β¬ original sound – Azlin Alias π – Azlin Alias | Resepi Mudah π