TerasMalaysia

“Guna aku punya anak jadi kacak” – Influencer terkenal tawar sperma kepada sesiapa yang mahukan zuriat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Guna aku punya anak jadi kacak” – Influencer terkenal tawar sperma kepada sesiapa yang mahukan zuriat

Baru-baru ini, seorang peguam dan pempengaruh, Kiang Jau Sang yang terkenal dengan telatahnya yang keterlaluan dan kadangkala kandungan yang kurang enak meraih perhatian ramai selepas dia memuat naik video

di Instagram.

Menerusi rakaman itu, dia telah secara terang-terangan menawarkan untuk menderma sperma kepada sesiapa yang tidak boleh memiliki anak.

Dia akui sanggup untuk berkongsi DNA dengan orang lain asalkan mereka ini memberikannya ‘angpow’ sebagai balasan kepada sperma yang ‘didermakan’.

Bukan itu sahaja, lelaki itu dengan yakinnya berkata bayi yang lahir daripada sperma miliknya akan membesar menjadi seorang yang tinggi, kacak dan berjaya mendapat pekerjaan profesional sepertinya,

‘Tawaran’ Kiang Jau Sang itu dianggap keterlaluan oleh ramai warganet di Instagram yang tidak menyenangi dan meluat dengan apa yang dikatakan.

Ada yang pertikai tindakannya yang meminta ‘angpow’ dan berkata dia tidak perlu meminta balasan jika benar ikhlas untuk menderma sperma.

Sumber

Baca : Meremang bulu roma, kumpulan koir kanak-kanak di Amerika Syarikat buat persembahan guna bahasa melayu

Leave a Comment