TerasMalaysia

Gunung Bromo terbakar gara-gara rakaman pra-perkahwinan, jurugambar terlajak kreatif guna mercun suar sebagai ‘prop’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Gunung Bromo terbakar gara-gara rakaman pra-perkahwinan, jurugambar terlajak kreatif guna mercun suar sebagai ‘prop’.

Gara-gara mahu gambar pra-perkahwinan jadi lebih cantik dan kreatif, gambar pra-perkahwinan bertukar tragedi apabila penggambaran tersebut menyebabkan kawasan savana yang dikenali sebagai Bukit Teletubbies di lokasi taman negara Gunung Bromo di Indonesia terbakar.

Lelaki berusia awal 40-an itu kini ditahan dan bakal didakwa selepas menyebabkan kawasan hamparan rumput terbakar teruk. Dia berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 1.5 bilion Rupiah (RM456,000) jika sabit kesalahan.

Menurut laporan Awani, idea menyalakan flare (mercun suar) datang daripadanya. Pada ketika ini, kawasan berkenaan berada dalam musim panas dan kering yang menyaksikan hamparan rumput dan lalang di situ mudah terbakar.

Lebih dikesali, pihak Taman Negara Gunung Bromo memaklumkan, ketika kebakaran awal terjadi, kumpulan penggambaran itu tidak langsung berusaha untuk memadamkan api, malah dibiarkan sahaja.

Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana mengesahkan suspek yang ditahan merupakan pengurus perancang perkahwinan.

Gunung Bromo terbakar gara-gara rakaman pra-perkahwinan, jurugambar terlajak kreatif guna mercun suar sebagai 'prop'

“Dia sebagai orang yang dipertanggung jawab dalam hal ini, malah tidak mempunyai permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo,” katanya.

Wisnu menambah untuk memasuki zon itu, mana-mana individu perlu mendaftarkan diri dan perlu membayar harga permit berdasarkan jenis aktiviti yang hendak dijalankan. Seseorang itu juga perlu mengisytihar semua peralatan dan perkakasan yang hendak dibawa masuk bersama.

“Akibat penggunaan suar itu, sekarang seluas 50 hektar hamparan rumput terbakar,” ujarnya. Kawasan itu sebelumnya begitu popular dan menjadi idaman pengunjung serta para pendaki kerana menawarkan pemandangan yang unik.

BACA:
Marissa Dania bersuara pertahan diri, dakwa tidak punya kaitan dengan pihak yang menularkan kisahnya
Gadis kongsi pengalaman seram, jaga jenazah yang amal pendamping, banyak kejadian pelik dan tak masuk akal berlaku
Niat ‘healing’ bertukar seram, lelaki membatu lepas khemah yang didiami dijilat 2 ekor singa betina

Leave a Comment