TerasMalaysia

Guru mengaji buat perangai, ‘mempergunakan’ 20 pelajar untuk ramas dan raba kemaluan miliknya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Guru mengaji buat perangai, ‘mempergunakan’ 20 pelajar untuk ramas dan raba kemaluan miliknya.

Beberapa orang penduduk kampung mendakwa seorang guru Al-Quran telah melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya.

Mangsa trauma

Memetik laporan Detik.com, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah kampung di Kecamatan Tanjung, Kabupaten Brebes di Indonesia.

Ketua kampung, Ahmad Mubarok mengesahkan aduan penduduk tersebut dengan mengesyaki seorang guru mengaji berusia 52 tahun sebagai suspek.

Penduduk datang ke pejabat kerana ada pengakuan pelajar yang menjadi mangsa gangguan seksual.

Guru mengaji buat perangai, 'mempergunakan' 20 pelajar untuk ramas dan raba kemaluan miliknya

Suspek yang didakwa telah memberi kerjasama dan mengakui perbuatannya di hadapan ibu bapa mangsa.

Susulan itu, Perkhidmatan Pemerkasaan Wanita, Perlindungan Kanak-Kanak dan Perancang Keluarga Brebes telah ke salah sebuah rumah mangsa untuk melakukan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, jumlah mangsa adalah seramai 20 orang kanak-kanak. Bagaimanapun, hanya 17 orang kanak-kanak mengaku menjadi mangsa guru berkenaan.

Ketua Bahagian Pemerkasaan Wanita, Perlindungan dan Perancang Keluarga Kanak-Kanak Brebes, Fathurohmah menjelaskan bahawa mangsa masih dalam keadaan trauma dan hanya berdiam diri ketika disoal siasat.

Kami melakukan pemeriksaan di rumah mangsa dan ketika disoal siasat, mereka mengaku semua kejadian yang mereka alami.

Berdasarkan kenyataan mangsa, suspek melakukan perbuatan tidak senonoh itu semasa mereka sedang belajar dan suspek turut didakwa meraba bahagian sensitif mangsa.

Mangsa semua mengaku pernah mengalami gangguan seksual. Bermula dari disentuh hingga disuruh meramas kemaluan guru mereka.

Sementara itu, Faturohkmah menegaskan bahawa pihaknya akan memberikan bantuan kepada mangsa sepanjang proses undang-undang berlangsung setelah ibu bapa mereka bersetuju untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

SUMBER

BACA:
Bapa teruja dan gembira lihat anak baru lahir, memiliki 14 jari tangan dan 12 jari kaki
Lelaki maut lepas makan tiram mentah, alami muntah-muntah dan kesan ruam yang merebak seluruh badan
“Masa mak hidup dia lah yang jaga kebajikan kami, ayah hanya biasa-biasa, tapi biasa dia terbongkar lepas mak meninggal akibat barah”

Leave a Comment