TerasMalaysia

Guru terkejut budak tahun 5 sangat ‘advance’, bawak pen muncung pisau ke sekolah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Guru terkejut budak tahun 5 sangat ‘advance’, bawak pen muncung pisau ke sekolah.

Satu pendedahan yang mengejutkan, terutamanya kepada ibu bapa, telah dibuat oleh seorang wanita. Melalui perkongsian di TikTok, seorang guru ini memaparkan sebatang pen yang dibawa oleh salah seorang anak muridnya.

Pandangan luaran mungkin menunjukkan hanya sebatang pen yang tidak membawa sebarang bahaya. Tetapi, guru tersebut mendedahkan bahawa di dalam pen tersebut, bukan isian dakwat, tetapi sesuatu yang tajam seperti pisau.

Semasa sesi pembelajaran subjek Matematik yang diajar oleh suaminya, seorang murid menceritakan kegunaan pen tersebut.

“Kami sangkakan itu adalah pen sehinggalah dia kata kegunaan pen tersebut adalah untuk toreh tangan.

Guru terkejut budak tahun 5 sangat 'advance', bawak pen muncung pisau ke sekolah

“Budak Tahun Lima dah berfikir macam tu,” katanya.

Berhubung dengan itu, dia menasihati ibu bapa supaya sentiasa memeriksa peralatan alat tulis anak-anak untuk mengelakkan kejadian serupa.

Bagaimanapun, melalui tinjauan komen, netizen menyatakan bahawa pen tersebut sebenarnya digunakan untuk memotong pelekat.

@arminaaulad Ya Allah. Semoga anak2 kita sentiasa dalam lindungan Allah, menjadi cotoh ikutan terbaik. Semoga kita pun rajin bersembang dengan anak untuk mengetahui perkembangan anak di sekolah. #bismillahjalanterus ♬ Happy Ukulele – TonsTone
BACA:
Tak terfikir akan masuk kampus secara fizikal, wanita kongsi kisah berbadan dua ketika menduduki semester akhir
Keadaan terkini Mat Sentol, sudah berumur dan sangat uzur
Suami pelik dengan ajakan isteri, mengidam nak ‘dating’ dekat pusat perubatan

 

Leave a Comment