Hael Husaini Batal Konsert Atas Sebab Faktor Kesihatan

Hael Husaini Batal Konsert Atas Sebab Faktor Kesihatan

Konsert ‘Hael Husaini Live In KL’ yang sepatutnya berlangsung pada 19 Februari 2023 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan atas sebab faktor kesihatan penyanyi tersebut merosot.

Katanya, penyanyi berumur 35 tahun itu berdepan masalah kesihatan sehinggakan dinasihati doktor untuk berehat dan tidak digalakkan untuk melakukan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.

Menerusi kenyataan media dari pengurusan Hael iaitu Rocketfuel Entertainment memohon maaf kepada semua pihak di atas pembatalan konsert ‘Hael Husaini Live In KL.’

Dalam pada itu, pihak pengurusan memberi jaminan akan memulangkan semula duit peminat yang sudah membeli tiket.

Peminat boleh menghubungi talian Ubertickets WhatsApp Hotline 019 5881810 untuk proses pengembalian wang tiket konsert.

Untuk info, konsert berkenaan sepatutnya berlangsung pada 4 Disember lalu namun ditangguhkan kepada 19 Februari 2023 sebelum dibatalkan.

Dalam beberapa kenyataan dengan pihak media sebelum ini,Hael pernah meluahkan keterujaannya untuk beraksi dan bertemu peminat menerusi penganjuran konsert tersebut.

Malah, dia juga menganggap ia sebagai impian yang bakal menjadi kenyataan selepas 15 tahun menceburkan diri dalam dunia seni muzik.

Takut Dengan Getah, Gelagat Budak Ini Mencuit Hati Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *