Hamil anak ketika sekolah, ibu sanggup rahsiakan status demi jaga maruah keluarga dari orang sekeliling
Kehamilan remaja bermaksud kehamilan yang berlaku pada remaja perempuan berumur di antara 10 dan 19 tahun. Banyak kesan dan akibat yang akan dihadapi oleh remaja perempuan yang hamil, bukan setakat menanggung masalah yang biasa dihadapi oleh setiap perempuan yang hamil tetapi kesan bagi remaja yang hamil lebih dari itu seperti masalah mental, sosial, kewangan dan juga menghadapi risiko kematian.
Apabila kehamilan remaja berlaku, seluruh keluarga yang terlibat akan menghadapi tekanan dan ini boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa serta remaja tersebut perlu membuat keputusan sama ada remaja tersebut akan menjaga bayi yang akan lahir, menggugurkannya atau memberikan anaknya kepada keluarga angkat. Jika remaja di bawah umur dan belum berkahwin, kehamilan remaja ini melibatkan masalah undang-undang yang menambahkan lagi tekanan/stres kepada remaja serta ahli keluarganya.
Di TikTok, tular kisah seorang wanita bernama Devi yang pernah terhamil ketika zaman sekolah setelah berhubungan badan dengan teman lelakinya. Awalnya dia cuba menyorokkan kandungan daripada pengetahuan keluarga. Namun si ibu mula curiga dengan perubahan sikap si anak yang gemar memakai baju besar selain banyak habiskan masa dalam bilik.
Memasuki 8 bulan, akhirnya gadis itu mengakui segalanya. Ibunya bekerja sebagai guru, manakala si ayah merupakan Tok Penghulu di kampung mereka. Dipandang tinggi oleh penduduk setempat, sudah pasti mereka cuba pastikan agar aib itu tidak terbongkar ke mana-mana.
Walaupun teman lelakinya sedia bertanggungjawab, ibu bapa Devi tidak merestui hasrat berkenaan. Sampailah Devi habis sekolah, dia berpindah ke kota lain untuk melahirkan bayi berkenaan. Ibu bapa Devi mengambil hak jagaan bayi itu dan mereka beritahu kepada jiran sekeliling kononnya baru mengambil anak angkat. Devi jalani hidup seperti biasa termasuklah menyambung pelajaran ke peringkat tinggi. Sepanjang dibesarkan, budak itu langsung tidak tahu yang sebenarnya Devi yang digelar kakak adalah ibu kandungnya sendiri.
Kini Devi telah pun berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Walaupun dia bersyukur anak pertamanya bahagia hidup dengan ibu ayah di kampung (yang sebenarnya datuk & nenek), sesekali rasa serba salah menghantui dirinya. Apalagi, Devi cukup buntu bagaimanakah mahu memberitahu segalanya kepada sang suami. Entah sampai bila Devi dapat menutup rahsia tentang cahaya mata sulungnya itu.