TerasMalaysia

Hampir-hampir kena langgar, wanita terkejut jumpa warga emas mengesot pukul 3 pagi dekat jalan utama

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hampir-hampir kena langgar, wanita terkejut jumpa warga emas mengesot pukul 3 pagi dekat jalan utama

Seorang pengguna TikTok, @sarahzalii berkongsikan sebuah video pengalaman terjumpa seorang wanita warga emas yang disangka individu misteri tanpa kepala di kawasan laluan banyak kenderaan.

Walaupun timbul perasaan was-was, wanita tersebut tetap keluar dari kereta untuk bertanya tempat tinggal namun dia menganggap makcik itu kemungkinan nyanyuk kerana tidak dapat menjawab soalan dengan jelas.

“Pukul 3 pagi aku lepas dari healing tiba-tiba nampak sesuatu mencurigakan.
“Aku ingat hantu tiada kepala, tarik nafas panjang sekejap lepasku aku perasan makcik ni.
“Aku berhenti tanya nak ke mana, rumah mana aku nak hantar balik sebab memang tiada siapa kat jalan waktu macam ni.
“Tapi makcik ni tak dapat jawab dengan jelas mungkin sebab nyanyuk,” tulisnya.
Dia yang juga jurusolek itu risau akan keselamatan dan tidak sampai hati untuk meninggalkan makcik tersebut seorang diri di jalan utama kawasan perumahan yang sunyi.

Walau bagaimanapun, @sarahzalii mengesyaki warga emas berkenaan adalah penghuni di sebuah pusat jagaan orang tua berdekatan yang telah keluar tanpa pengetahuan penjaga.

Memang benar sangkaan wanita itu, rupa-rupanya makcik tersebut merupakan salah seorang penghuni selepas dibawa ke pusat berkenaan.

“Risau juga anjing liar atau kereta laju-laju tak perasan kan. Lepas tu aku perasan ada rumah orang tua dekat kawasan situ.
“Aku syak makcik ni dari situ. Lepas tu aku pergi sana panggil assalamualaikum.
“Memang terkejut penjaga makcik ni sebab pintu berkunci macam mana boleh terlepas keluar kan,” katanya.

Namun begitu, wanita itu tidak meletakkan kesalahan ke atas penjaga terbabit kerana menganggap mereka sedang tidur ketika makcik tersebut keluar senyap-senyap.

Pada masa sama, dia bersyukur kerana semua orang selamat terutamanya makcik tersebut yang sudah kembali ke pangkuan penjaga walaupun timbul perasaan takut ketika hendak membantu namun percaya Tuhan sedang menjaganya.

Video yang mendapat tontonan lebih dua juta itu mendapat maklum balas warga maya yang berpesan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sebelum membantu kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak sepatutnya.

Baca : “Only in Malaysia” – Penduduk terkejut tengok tiang lampu berada di tengah-tengah jalan, undang bahaya orang ramai

Leave a Comment