TerasMalaysia

Hancur muka ditumbuk orang mabuk, gara-gara tegur ambil payung dalam kedai

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hancur muka ditumbuk orang mabuk, gara-gara tegur ambil payung dalam kedai

Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki menyerang dan mencederakan pekerja sebuah kedai serbaneka, 7 Eleven.

Kejadian itu berlaku di premis di Bandar Rinching, Kajang dan mangsa berusia 17 tahun merupakan pekerja sambilan selepas tamat SPM.

Video mengenai insiden itu tular sejak Selasa memaparkan mangsa ditumbuk oleh lelaki mabuk terbabit yang memakai baju hijau sehingga terjatuh di atas lantai sebelum ditendang oleh individu sama.

Dalam pada itu, gambar swafoto tersebar juga menunjukkan mangsa mengalami kecederaan dengan keadaan hidungnya sedang berdarah manakala individu yang bergambar bersama mangsa, iaitu rakan kepada penyerang dilihat masih boleh tersenyum.

Pada waktu kejadian, mangsa turut dilihat turut bertugas bersama seorang lagi pekerja lain di kedai serbaneka terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, insiden itu berlaku selepas mangsa menegur perbuatan suspek yang mengambil tiga batang payung dari premis berkenaan dan keluar tanpa membuat sebarang pembayaran.

“Selepas itu, suspek bertindak kembali ke dalam premis lalu menumbuk mangsa di bahagian muka. Selepas kejadian tersebut, suspek beredar meninggalkan premis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Zaid berkata, susulan daripada insiden itu, mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis.

“Berikutan kejadian ini, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

“Usaha mengesa suspek sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Pihak polis turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk tampil menghubungi mana-mana balai polis di bawah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Fatihah Awang di talinan 011-25703695.

Baca : Penyanyi berhijab buat perangai ada hubungan dengan lelaki orang, pergi majlis kahwin selebriti bersama

Leave a Comment