TerasMalaysia

Hanya kerana buah pinggang, lelaki ini terkejut dapat tahu hal sebenar lepas 6 tahun berkahwin

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hanya kerana buah pinggang, lelaki ini terkejut dapat tahu hal sebenar lepas 6 tahun berkahwin

Seluruh kehidupan seorang lelaki hancur selepas mendapati dia mempunyai pertalian darah dengan ibu kepada dua anaknya yang masih kecil.

Lelaki itu berkata, dia diterima sebagai anak angkat dua minit selepas kelahirannya dan tidak tahu apa-apa tentang ibu bapa kandungnya kerana ia sebahagian daripada prosedur anak angkat secara tertutup.

Bagaimanapun, sejarah keluarganya terbongkar selepas dia menjalani ujian untuk melihat sama ada boleh menderma buah pinggangnya kepada isteri yang dikahwini selama enam tahun.

Lelaki itu berkata: “Isteri saya jatuh sakit sejurus anak kami dilahirkan dan kini memerlukan pemindahan buah pinggang. Kami memeriksa dengan saudara-maranya, namun tidak ada yang sepadan.

“Saya tahu kebarangkaliannya kecil tetapi saya memutuskan untuk menjalani ujian untuk melihat sama ada saya boleh mendermakan buang pinggang saya. Saya mendapat panggilan pada hari lain mengatakan bahawa ginjal saya sepadan.

“Doktor kemudian mengatakan sesuatu tentang ingin melakukan ujian tambahan kerana beberapa maklumat daripada keputusan ujian tisu HLA (antigen leukosit manusia). Saya tidak memikirkan lebih jauh dan bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan ujian mendapati bahawa lelaki itu dan isterinya mempunyai ‘peratusan padanan yang tinggi dan luar biasa’.

“Saya terkejut dan keliru. Doktor menjelaskan bagaimana maklumat DNA diturunkan daripada generasi ke generasi, ibu bapa kepada anak boleh mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus padanan dan adik-beradik boleh mempunyai padanan 0-100 peratus,” tambahnya.

“Jarang ada padanan begitu tinggi untuk suami dan isteri. Saya bertanya apa maksudnya,” katanya lagi.

Lelaki itu tidak tahu bahawa dia berkahwin dengan saudara kandung sehinggalah menjalani ujian perubatan. 

Lelaki itu kemudian menjelaskan bagaimana dia bertemu isterinya lapan tahun lalu ketika bekerja jauh dari kampung halamannya.

Mereka bertukar nombor telefon dan mengatur untuk bertemu setiap kali dia pergi ke negeri isterinya sehingga dia diberi peluang berpindah kerja ke sana secara kekal.

Dia berkata: “Kami adik-beradik. Tidak, saya tidak bergurau. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk bergerak ke hadapan tetapi saya tahu ia mungkin salah. Dia ialah isteri saya dan ibu kepada anak-anak kami.”

Selepas berkongsi pengalamannya di laman sosial, pengguna berkongsi pendapat mereka tentang cara terbaik dia menangani situasi yang sangat malang ini.

Sumber

Baca : Ini penjelasan yang tepat tentang masalah OCD dan OCPD yang ramai tak tahu, sangat jauh beza

Leave a Comment