TerasMalaysia

Hanya kerana duit, anak OKU ini dijual untuk eksploitasi seksual oleh ibu bapanya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hanya kerana duit, anak OKU ini dijual untuk eksploitasi seksual oleh ibu bapanya

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas pertuduhan memperdagangkan anak perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam bagi tujuan eksploitasi seksual Januari lalu.

Tertuduh, Salleh Ali, 63, dan Siti Aida Ismail, 40, yang juga masing-masing bapa tiri dan ibu kandung mangsa membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Seorang tukang urut dan suaminya didakwa atas pertuduhan perdagangkan anak OKU bagi eksploitasi seksual di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah memperdagangkan anak perempuan mereka berusia 20 tahun yang juga pemegang kad OKU masalah pembelajaran pada bulan Januari hingga 14 Februari lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pangsa Desa Wawasan, Jalan Tembikai di Bukit Mertajam antara pukul 6 petang hingga 10 malam.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun tidak menawarkan sebarang jaminan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Salleh yang juga penganggur manakala Siti Aida yang bekerja sebagai tukang urut tampak bingung apabila diminta mahkamah untuk mengemukakan rayuan.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Noor Aini kemudiannya memaklumkan bahawa beliau memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh untuk membuat rayuan.

“Saya bagi peluang buat rayuan, kalau tak jamin, (tertuduh) boleh direman, dipenjara,” katanya.

Noor Aini kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan masing-masing seorang penjamin.

Dalam pada itu, mereka juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 April sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam.

Baca : Didakwa curang dengan bekas kekasih, Syamsul Yusof fail nusyuz terhadap isteri pertamanya

Leave a Comment