TerasMalaysia

Hanya kerana keropok babi, pihak restoran nekad pecahkan semua mangkuk demi jaga kebersihan dan status halal

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hanya kerana keropok babi, pihak restoran nekad pecahkan semua mangkuk demi jaga kebersihan dan status halal

Gara-gara tindakan seorang pempengaruh mencampurkan keropok babi ke dalam bakso yang dimakannya, sebuah restoran tular dan mendapat perhatian ramai yang meragui status halal dan kebersihan makanan di situ.

Pempengaruh Jovi Adhiguna dilaporkan telah mencelup keropok babi ke dalam bakso yang dimakannya. Video tersebut tular di media sosial dan rata-rata warganet mengecam dan mempersoalkan pihak restoran tentang status halal mereka.

Ekoran isu berkaitan status halal ini, pihak restoran memutuskan untuk menghancurkan semua peralatan masak, mangkuk dan alatan lain yang didakwa sudah dicampur dengan mangkuk yang dicelup dengan keropok babi tersebut.

Pihak restoran juga mendakwa mereka telah membeli alatan baru bagi menggantikan alatan yang sudah dipecahkan. Jelas mereka, ini adalah satu bentuk tanggungjawab restoran bakso ternama ini dalam menjaga status halal dan kebersihan makanan di situ.

@batamnews

Imbas Kasus Jovi, Baso A Fung Hancurkan Semua Alat Makan #basoafung

♬ Epic Music(812424) – Pavel

Terdahulu, Jovi dilaporkan telah mencampur keropok babi ke dalam bakso ketika sedang melakukan ulasan dan promosi buat restoran itu. Pempengaruh itu meminta maaf kepada pihak restoran serta orang awam, dan mengaku dia tidak menyedari akan kejadian itu.

Pihak restoran turut memuat naik satu hantaran permohonan maaf menerusi Instagram dan menjelaskan mereka komited dalam menjaga status halal serta kebersihan makanan di situ.

Sumber

Baca : Kereta ibu remuk rempuh medan selera, remaja 16 tahun tertekan pedal masa panas enjin

Leave a Comment