Hanya kerana membawa basikal ke sekolah, guru diherdik dan dimalukan dalam group Wechat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hanya kerana membawa basikal ke sekolah, guru diherdik dan dimalukan dalam group Wechat. HANYA kerana berbasikal ke sekolah, seorang guru lelaki diherdik oleh ibu kepada muridnya.

Tangkap layar perbualan mereka kemudiannya menjadi tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan sebahagian besarnya mengecam ibu murid terbabit yang bersikap materialistik, sombong dan biadap.

Mana tidaknya, ibu yang berasal dari China meluahkan rasa bimbang jika anaknya merasakan ‘belajar tidak berguna’ berikutan situasi guru yang dilihat terlalu miskin.

Insiden tersebut berlaku semasa Wang sedang menunggang basikalnya ke tempat kerja apabila dia terserempak dengan seorang budak lelaki dari sekolah.

Hanya kerana membawa basikal ke sekolah, guru diherdik dan dimalukan dalam group Wechat

Mereka berbalas salam sopan dan meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun, apabila Wang tiba di pejabatnya dan memeriksa kumpulan WeChat untuk guru dan ibu bapa, terdapat mesej ganjil daripada ibu muridnya itu.

“Cikgu Wang, jangan naik basikal lagi. Lebih baik kamu beli kereta,” tulis ibu kepada budak lelaki itu, yang digelar Rongrong, dalam kumpulan sembang, yang mempunyai 58 ahli termasuk ibu bapa dan guru.

Wang kemudian membalas ‘terima kasih ibu Rongrong atas keprihatinan anda tetapi ia satu pengalaman yang menyeronokkan untuk menunggang basikal tambahan pula rumah tidak jauh dari sekolah’.

Mereka kemudiannya saling berbalas mesej apabila ibu Rongrong terus mengherdiknya.

Malah dia mendedahkan bahawa anaknya, telah menaiki kereta jenis BMW sejak lahir selain dikelilingi individu yang mempunyai kereta mewah.

“Setiap hari saya suruh dia belajar bersungguh-sungguh. Dan dia mendapati anda menunggang basikal ke tempat kerja, apa yang dia fikirkan? Dia pasti akan fikir guru tidak boleh buat duit dan belajar tidak berguna,” tulis ibu Rongrong yang bimbang keadaan guru Wang mempengaruhi pendidikan anaknya.

BACA:
Dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun hilang, ramai teruja lihat isi kandungannya
Usahawan kantoi berfoya dengan instafamous dalam bilik hotel masa isteri tunai haji
Taktik terbaru scammer, hantar gambar anak diculik dan minta wang tebusan dekat whatsapp

Leave a Comment