Hanya kerana mengucapkan ‘assalamualaikum’ dekat sekumpulan pekerja, wanita ditahan pihak polis.
Seorang wanita Perancis ditahan di Paris minggu lalu hanya kerana mengucap assalamualaikum kepada sekumpulan pekerja di sebuah bangunan penginapan menerusi laporan portal Middle East Monitor semalam.
Difahamkan polis membuat penahanan terhadap wanita tersebut selepas jirannya membuat aduan kepada pihak berkuasa. Mangsa ditahan untuk sementara waktu sebelum dibebaskan, manakala pengawai kehakiman pula mempertahankan tindakan polis tersebut.
Menurut pihak berkuasa, penangkapan suspek adalah bersesuaian dengan perkembangan semasa. Perkembangan semasa yang dimaksudkan merujuk kepada pengeboman kejam jet-jet pejuang Rejim Zionis di Semenanjung Gaza.
Di samping pemindahan paksa lebih dua juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah tersebut Hamas melancarkan serangan roket ke arah Israel pada 7 Oktober lalu.
Susulan pertelingkahan dua negara tersebut, terutamanya di dunia Barat kini memperlihatkan kepada peningkatan angka dalam serangan atau penderaan berunsur Islamofobia.
Laporan penahanan wanita ini disahkan oleh wartawan Perancis Widad Ketfi dan peguam mangsa, Nabil Boudi. Boudi menulis pada pada aplikasi X bahawa anak guamnya mahu menfailkan aduan tentang fitnah yang dilemparkan kepada dirinya.