Hanya kerana satu komponen ini, kipas yang lama seakan baru, laju macam bilah helikopter

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hanya kerana satu komponen ini, kipas yang lama seakan baru, laju macam bilah helikopter. Cuaca panas dan tidak menentu yang melanda negara kita ketika ini sangat merisaukan terutamanya bagi mereka yang memiliki anak kecil.

Dalam keadaan cuaca sebegini walaupun berada di dalam rumah masih boleh terasa bahang panas dari luar.

Yang lagi parah apabila waktu genting macam ini kipas rumah pula boleh buat hal. Sudah buka sampai kelajuan paling tinggi pun tapi kipas masih bergerak perlahan dan tak terasa angin.

Nak beli kipas baru takut mahal pula dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni.

Jangan risau, anda boleh cuba cara ini terlebih dahulu untuk lajukan semula pusingan kipas siling anda.

Hanya kerana satu komponen ini, kipas yang lama seakan baru, laju macam bilah helikopter

Mari kita ikuti perkongsian daripada seorang lelaki di TikTok @sayazuhri berkenaan cara mudah untuk melajukan semula pusingan kipas.

Menurut lelaki itu, perkara yang paling penting anda perlu ada ialah kipas kapasitor bersaiz 1.8us atau 2.5 us.

Kapasitor boleh dibeli di kedai ‘hardware’
Kapasitor ini anda boleh dapat di mana-mana kedai ‘hardware’ yang berdekatan dengan rumah anda.

Mula-mula anda perlu gunakan tangga untuk melihat kipas siling anda sebelum membuka penutup bahagian enjin kipas tersebut. Dekat sini anda akan lihat lokasi sambungan kapasitor tersebut.

Langkah seterusnya adalah anda perlu potong wayar pada kapasitor lama tadi untuk mengantikannya dengan kapasitor baharu yang sudah dibeli.

Untuk lebih senang, sewaktu beli kapasitor baru tadi anda terus minta kapasitor yang siap dengan sambungan wayar warna merah dan hitam.

Kemudian lankgah terakhir anda hanya perlu sambungkan semula wayar kapasitor yang baru tadi dengan sambungan pada bahagian kipas siling tersebut.

Sekarang kipas siling rumah anda sudah boleh berpusing dengan lebih laju tanpa mengeluarkan wang lebih untuk membeli kipas baru. Selepas ini tak perlulah buka kipas sampai kelajuan paling tinggi lagi.

Diharap dengan perkongsian pada kali ini dapat membantu anda untuk memudahkan urusan anda tanpa perlu berbelanja lebih dan membazir.

@sayazuhri Kipas lipas siling bukak no 5 tapi still slow? Jom aku kongsikan step cara selesaikan masalah kipas slow #ticerzuhri #learnonzuhri #Repairpeti #petisejuk #selayang #pasangaircond #Servismesinbasuh ♬ original sound – Zuhri Mohd

BACA:

Gara-gara suami jalan hukum dalam penjara, wanita ini sanggup buat ‘bersama’ dengan anak lelakinya

Memiliki dua isteri dan 23 orang anak, lelaki bawa bas mini pergi beraya rumah saudara mara

Mengaku makan babi sebanyak tiga kali, Lina Mukherjee terima surat dari ‘seseorang’

Leave a Comment