Hanya kerana seekor kucing seorang isteri hilang dua jari dan cedera di punggung

Hanya kerana seekor kucing, seorang isteri hilang dua jari dan cedera di punggung

Gara-gara membeli seekor kucing tanpa izin, seorang lelaki tergamak menetak isterinya dengan menggunakan sebilah parang sebanyak 16 kali.

Kejadian berlaku di daerah Baayah, Lebak di wilayah Banten di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak, Iptu Andi Kurniady berkata, suspek berusia 55 tahun pada awalnya mendapati isterinya berusia 37 tahun melakukan satu transaksi membabitkan seekor kucing, pada pagi Selasa.

Difahamkan, suspek berulang kali melarang isterinya untuk tidak melakukan jual beli kucing.

Namun mangsa tetap berkeras dan memarahi suaminya kembali hingga mencetuskan pergaduhan.

“Si suami kemudian menetak isterinya beberapa kali menggunakan parang,” kata Andi.

Dalam keadaan parah, mangsa kemudian berlari menyelamatkan diri ke kawasan kejiranan.

“Mangsa mengalami kesan luka di kepala, punggung hingga tangan,” kata Andi.

Jari telunjuk dan ibu jari mangsa turut putus dalam kejadian itu.

Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penduduk.

Suspek kemudian melarikan namun berjaya ditangkap dan dibawa kepada polis.

Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Sementara itu, mangsa dibawa ke hospital dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sumber

Baca : Gadis kongsi cara macam mana nak ‘survive’ di Kuala Lumpur hanya bergajikan RM1,600

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *