TerasMalaysia

Hanya kerana tak dapat sebatang rokok yang diminta, lelaki nekad bakar rumah pusaka milik keluarga

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hanya kerana tak dapat sebatang rokok yang diminta, lelaki nekad bakar rumah pusaka milik keluarga

Sebuah rumah pusaka musnah selepas seorang lelaki membakar langsir kerana berang tidak diberi rokok dalam kejadian di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kebakaran rumah dua tingkat separa kekal itu juga memusnahkan empat motosikal lama, selain rumah jiran terbakar di bahagian dapur.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Mohd Asri Shafie, berkata hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

Beliau berkata, suspek berusia 47 tahun itu mengamuk apabila adiknya enggan memberikan rokok diminta.

Katanya, ketika suspek mengamuk, adik lelakinya ke Balai Polis Kepala Batas untuk membuat laporan.

“Ketika dalam perjalanan, dia menerima panggilan telefon yang memaklumkan rumahnya terbakar. Jiran yang tinggal berdekatan memberitahu suspek membakar rumah itu dan berjaya menangkap suspek,” katanya.

Asri berkata, dalam soal siasat awal, suspek mengaku membakar langsir menggunakan pemetik api di bilik tidurnya sebelum api marak ke seluruh rumah.

“Hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah dan turut mempunyai 14 rekod kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca : Bangga dengan pekerjaan yang dilakukan, wanita ini digelar pengutip sampah paling cantik

Leave a Comment