Hanya kerana ubat yang diberi tak berkesan, keluarga pesakit nekad belasah doktor beramai-ramai

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hanya kerana ubat yang diberi tak berkesan, keluarga pesakit nekad belasah doktor beramai-ramai

Berang ubat yang diberikan tidak memberi sebarang kesan, doktor di sebuah pusat rawatan di Lampung Barat, Indonesia dipukul dua individu.

Suspek pada awalnya hadir untuk mendapatkan rawatan kerana berasa pedih ulu hati. Seorang doktor muda telah memberikan ubat bersesuaian kepada suspek. Namun begitu, selepas mengambil ubat berkenaan, dia merasakan tiada perubahan yang berlaku.

Susulan itu, suspek berasa tidak berpuas hati sehingga sanggup memukul dan mencekik doktor yang merawatnya dengan dibantu oleh ahli keluarganya.

Semasa kejadian, kedengaran suara jururawat cuba menghalang suspek dari memukul doktor, namun tidak dipedulikan malah cuba mengambil telefon yang merakam perbuatan mereka.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat rawatan di Lampung Barat Indonesia dan suspek juga telah ditahan.

Pengarah pusat rawatan terbabit, Minarni memaklumkan bahawa doktor berkenaan telah menjelaskan kepada keluarga pesakit mengenai ubat yang diberikan namun pesakit kelihatan tidak berpuas hati apabila merasakan ubat itu tidak memberikan kesan kepadanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kejadian terbabit menjadi pengajaran bagi semua orang agar tidak melakukan tindakan memalukan seperti itu, lebih-lebih lagi ia membahayakan nyawa orang lain.

Sumber

Baca : Nampak macam biasa, 5 permainan monopoly ni paling mahal dalam dunia, boleh dapat kereta sebiji

Leave a Comment