TerasMalaysia

Hanya makan di kantin sekolah, ibu sanggup biar anak kebuluran semata nak hidup mewah guna duit insurans

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hanya makan di kantin sekolah, ibu sanggup biar anak kebuluran semata nak hidup mewah guna duit insurans. Seorang wanita yang bergelar ibu di Osaka ditahan pihak polis selepas disyaki membiarkan anaknya yang berusia sembilan tahun kebuluran.

Nak tuntut duit insurans

Memetik laporan portal Yomiuri Shimbun, wanita yang dikenali sebagai Kasumi Nawata, 34, didakwa melakukan perbuatan itu hanya kerana ingin berbelanja dengan menuntut wang pampasan daripada syarikat insurans.

Difahamkan, Kasumi didakwa hanya membenarkan anaknya itu untuk menjamah makanan yang disediakan pihak sekolah pada waktu rehat dan tidak membenarkannya untuk makan sepanjang berada di rumah.

Perbuatannya itu telah menyebabkan mangsa mengalami gejala kekurangan gula dalam badan (hipoglikemia ketonik) dan dimasukkan ke hospital dari 22 hingga 27 Januari lalu.

Hanya makan di kantin sekolah, ibu sanggup biar anak kebuluran semata nak hidup mewah guna duit insurans

Sehinggalah, seorang jururawat di hospital terbabit terdengar perbualan Kasumi dan anaknya menerusi pembesar suara di telefon bimbit pada 5 Februari yang lalu.

Jururawat itu mendakwa Kasumi meminta anaknya untuk tidak menyentuh makanan yang disediakan hospital dan hanya berbaring sepanjang masa.

Kini mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil setelah dirujuk ke jabatan kebajikan di sana.

Dalam pada itu, Kasumi difahamkan telah pun menerima pampasan kira-kira 5.7 juta yen (RM182,981) selepas anaknya itu dimasukkan ke hospital sebanyak 322 kali sejak dari tahun 2018.

Pihak polis mengesyaki Kasumi membelanjakan kesemua wang pampasan tersebut untuk makan di restoran dan rawatan di salon kecantikan.

BACA:
2 tahun terseksa dalam rumah sendiri, pemilik terkejut dapat tahu kontraktor tanam buhul dalam tandas
Wanita pelik kopi rasa ‘masin’, tak sangka pengamal perubatan letak sesuatu dalam minuman
Isteri terkejut dapat jemputan kahwin di Facebook, nekad serang minta nafkah lepas suami ‘hilang’ 3 tahun

Leave a Comment