TerasMalaysia

Harga bag tangan emas ini berharga RM150,000, tak payah susah pakai barang kemas lepas ni

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Harga bag tangan emas ini berharga RM150,000, tak payah susah pakai barang kemas lepas ni

Baru-baru ini, seorang pengusaha produk kecantikan dari Indonesia membeli emas yang diukir menyerupai jenama beg tangan mewah tular selepas dia mendedahkan bahawa beg tangan emas tersebut berharga 515 juta rupiah (RM150,160).

Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati. Dalam hantarannya di laman TikTok, dia menunjukkan resit pembayaran beg tangan emas tersebut yang dibeli pada 24 Mac lalu.

Beg tangan itu diperbuat daripada emas seberat 531.25 gram dengan ketulenan 87 peratus.

“Alhamdulillah, Masya Allah, Tabarakallah. Beli beg tangan emas dan beberapa barang kemas lain yang kesemuanya berharga 553.9 juta (RM161,502),” katanya.

Dalam resit pembayaran yang dikongsikan kepada netizen, Mira turut membeli sebentuk cincin emas seberat 40.2 gram pada harga 38.99 juta rupiah (RM11,368).

Menurut Mira, dia sengaja memilih beg tangan emas yang rekaannya menyerupai beg tangan jenama mewah, Dior.

“Rasa bangga kerana memiliki koleksi beg tangan Dior. Kalau beg tangan biasa, sudah banyak tetapi kalau emas sebenar, inilah dia,” ujarnya.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Apabila difikirkan, lebih baik beli beg tangan emas begini daripada beg tangan berjenama mewah sebenar yang berharga berbilion-bilion rupiah,” netizen.

Sumber

Baca : Tak nak tumpang ‘populariti’ nenek, penyanyi kumpulan pop ini buat cara sendiri nak terkenal

Leave a Comment