Harga RXZ yang ingin dijual oleh individu ini sangat tinggi, boleh dapat sebiji kereta Myvi yang baru

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Harga RXZ yang ingin dijual oleh individu ini sangat tinggi, boleh dapat sebiji kereta Myvi yang baru. Mulai diperkenalkan pada tahun 1985, Yamaha RX-Z berjaya pilihan sejumlah besar anak muda yang mahu mendapatkan motosikal penuh dengan gaya.

25 tahun dalam pasaran serta diberhentikan pengeluaran pada tahun 2010, model ini masih lagi menjadi rebutan ramai sehingga kini. Malah, siapa sangka, model ini sekali lagi menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini menerusi anjuran pelbagai acara-acara yang diadakan.

Menjadi ‘kegilaan’ para peminat, model ini turut menjadi saksi di mana terdapat pembeli sanggup tukar tanah lot demi mendapatkan Yamaha RX-Z. Tidak kurang juga yang sanggup melepaskannya dengan harga mencecah RM70,000.

Siapa sangka pada tahun 2023 ini, harga jualan semula Yamaha RX-Z terus melambung tinggi apabila seorang pengguna Facebook Muhammad Imran sedia melepaskan Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran tahun 2002 dengan harga mencecah RM120,000.

Ditawarkan dengan harga seakan kereta sedan dari Jepun, Yamaha RX-Z berwarna merah ini difahamkan mempunyai nilai yang tinggi berikutan statusnya yang belum didaftarkan lagi. Penawaran harga yang tinggi ini sekaligus menjadi antara model RX-Z dengan harga tertinggi pernah ditawarkan setakat ini.

Harga RXZ yang ingin dijual oleh individu ini sangat tinggi, boleh dapat sebiji kereta Myvi yang baru

Menerusi perkongsian penjual ini, beliau turut menawarkan sebuah lagi model Yamaha RX-Z beserta aksesori lain dengan harga RM75,000 yang sudah ‘dirisik’ pembeli baharu. Selain itu, harga coverset bagi model ini turut ditawarkan pada harga sekitar belasan ribu ringgit.

Harga yang ditawarkan mungkin agak tinggi buat bukan para peminat, namun buat peminat yang mahukan sebuah model Yamaha RX-Z Catalyzer yang belum pernah didaftarkan, mungkin ini harga yang perlu anda bayar untuk memilikinya.

BACA:
Wanita jumpa kondom atas bumbung kereta sebelum pergi kerja, ada pasangan campak lepas ‘pakai’
Diganggu ‘benda’ dari umur 11 tahun, wanita alami perkara-perkara mistik yang pelik sampai sekarang
Jenis plug yang digunakan lain di setiap negara, tak sangka ini rupanya punca sebenar

Leave a Comment