TerasMalaysia

Hasil dorongan dari bapa, anak-anak ini tunjuk bakat seni luar biasa buat lukisan dekat kereta

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hasil dorongan dari bapa, anak-anak ini tunjuk bakat seni luar biasa buat lukisan dekat kereta

Satu perkongsian seorang bapa dari Terengganu menggunakan akaun Tik Tok @Zameerpenbrush pasti membuat kita teruja.

@zameerpentbrush

Alang2 Nk buat,buat betul2!!jgn buat main2,jgn buat bende yg sia2…ingat tu! #cartooncar

#zameerpentbrush

♬ original sound – Zameerpentbrush – Zameerpentbrush

Teruja kerana cara didikannya dan memahami minat anak dalam seni lukis membuatkannya tidak kisah anak-anaknya menconteng kereta mewah, Alphard. Jika di awal plot dia nampak mahu marah dan menyuruh anak memadamnya, tetapi akhirnya menggalakkan anak terus melukis.

Dan bila menjengah di media sosialnya ternyata mereka anak beranak dikurniakan kreativiti luar biasa di mana masing-masing berbakat melukis. Hasil seni yang mereka cukup awesome dan berjaya mengubah sebuah kereta menjadi luar biasa dan nampak cantik.

Menjadikan ini sebahagian dari rezekinya, caranya berkongsi minat dengan anak dan membenarkan si ciliknya sama-sama berkarya adalah sesuatu yang luar biasa. Kerana tidak ramai ibu bapa sanggup mempertaruhkan “pekerjaan” mereka bersama anak-anak.

Tidak hanya melakar kreativiti di kenderaan, kalau dijengah di media sosialnya bapa ini turut melukis di helmet, dan lain lagi dan hasilnya memang superb.

Jadi buat mak ayah yang ada anak minat tentang seni, berilah mereka galakan. Bukan terus melarang atau merotan kerana mana tahu hasil seni mereka itu bernilai tinggi di masa depan.

Sumber

Baca : Cara pemandu grab kenakan ‘extracharge’ kepada pelanggan sebab bawa barang lebih dikecam ramai

Leave a Comment