Hasil simpanan duit syiling 50sen dalam botol air isian semula, lelaki berjaya kumpul sebanyak RM5360.00
Kenaikan harga barangan yang berlaku secara mendadak di negara ini seharusnya menjadi batu loncatan untuk semua lapisan masyarakat mempraktikkan semula amalan menabung.
Amalan menabung dilihat sangat penting dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi dunia yang tidak menentu.
Menabung perlu dilakukan dengan konsisten mengikut kemampuan individu seseorang itu.
Hasil daripada menabung yang konsisten pasti akan mendapatkan hasil yang lumayan.
Seperti perkongsian daripada seorang pengguna TikTok yang bernama @bifoty_camper ini. Dia telah berkongsikan hasil tabungannya selama tujuh tahun.
Menurut perkongsian lelaki itu, tabung yang digunakan adalah sebuah botol minuman isian semula yang besar.
Berdasarkan muat naik video itu, seorang lelaki dilihat cuba mengeluarkan duit syiling 50sen itu dari botol tersebut.
Disebabkan ia tidak boleh dikeluarkan dengan sekali gus, lelaki itu dilihat memotong botol tersebut menggunakan gergaji besi.
Hasilnya, botol itu telah terpotong dua dan duit syiling tersebut berjaya dikeluarkan dan dikira oleh pemilik tabung berkenaan.
Hasil tabungan selama tujuh tahun itu berhasil menyimpan sebanyak RM5360.00.
Duit yang dimasukkan ke dalam tabungan adalah bernilai hanya 50 sen baharu dan lama. Malah ia juga tidak dicampur oleh mana-mana duit syiling dalam nilai yang berlainan.
“Total RM5360.00 hasil simpan semua duit 50sen. Tak ada duit 10sen atau 20sen. Ambil masa tiga jam baru siap kira dengan tenaga empat orang tukang kira. Alhamdulillah,” tulis kapsyen muat naik tersebut.
Perkonsian video itu telah mengundang komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.