Hidayah itu milik Allah, pondan berubah menjadi lelaki sejati lepas bergelar suami kepada kawannya sendiri
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai moramoka888, dia telah memuat naik video sebelum dan selepas dia berkahwin dengan sahabatnya.
Apa yang mengejutkan ramai sudah tentu penampilannya ketika masih bergelar rakan baik kepada isterinya dan selepas menjadi seorang suami kepada wanita yang tepat.
Menerusi hantarannya yang pertama, dapat dilihat dia berpakaian wanita ketika masih sebagai rakan, namun berubah menjadi lelaki sejati setelah bergelar suami.
Menurut kapsyen yang ditulis, dia mengatakan bahawa tiada siapa yang sempurna dan dengan apa yang dilakukan adalah cara untuk menerima ketidaksempurnaan menjadi lebih sempurna.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan lelaki itu kerana berjaya kembali kepada fitrah setelah menemui wanita yang tepat.
Mereka mengatakan yang wanita tersebut berjaya mengubah lelaki berkenaan menjadi lebih baik dan kembali ke penampilan asal sebagai seorang lelaki.