TerasMalaysia

“Hilang ibu Allah hantar isteri” – Bakal pengantin pergi kebumi ibu dulu sebelum akad nikah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Hilang ibu Allah hantar isteri” – Bakal pengantin pergi kebumi ibu dulu sebelum akad nikah. BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisah seorang pemuda dikenali sebagai Ikmal yang berdepan kematian ibu tercinta pada hari dia bernikah dan melangsungkan perkahwinannya, Sabtu lalu.

Menurut isterinya yang dikenali sebagai Ianna Baharin, Ikmal perlu menguruskan jenazah ibunya pada sebelah pagi sebelum majlis akad nikah mereka dijalankan pada waktu petang.

“3 Jun 2023. Pagi uruskan jenazah ibu tercinta. Petang halalkan isteri tercinta. Terima kasih jadikan saya isteri awak di saat awak sendiri pun tak kuat.

“Allah, besar dugaan awak suami. Saya janji ada dengan awak sampai bila-bila. Terima kasih sahabat-sahabat suami.

"Hilang ibu Allah hantar isteri" - Bakal pengantin pergi kebumi ibu dulu sebelum akad nikah

“Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,” tulis wanita itu pada kapsyen video di aplikasi TikTok.

Sehingga kini, video itu meraih hampir 800,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Rata-rata pelayar TikTok menitipkan ucapan takziah dan mengakui sebak melihat dugaan besar yang terpaksa dilalui Ikmal pada hari bahagianya.

“Satu-satunya tarikh yang takkan dia lupa sampai bila-bila. Dalam kehilangan ibu tercinta, Allah gantikan dengan bidadari syurga.

“Tahniah dan salam takziah. Mesti berbelah bahagi nak sedih atau happy kan? Dah tertulis rezeki untuk menggantikan si ibu untuk penguat suami.

@iannabaharin_

terima kasih jadikan saya isteri awak disaat awak sendiri pun tak kuat. Allah, besar dugaan awak suami. saya janji ada dgn awak sampai bila bila 🥹 terima kasih sahabat sahabat suami. semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

♬ bunyi asal – Ianna

“Allahuakhbar beratnya dugaan. Semoga dipermudahkan semua urusan.

“Hilang ibu Allah hantar isteri. Dua sosok wanita yang paling istimewa untuk kaum lelaki,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa individu yang pernah berdepan pengalaman sama turut berkongsi kisah mereka di ruangan komen.

“Saya pun sama, hari mak saya meninggal sama dengan anak saya lahir. Paling sakit ialah saya tak dapat tengok mak buat kali terakhir sebab masih dalam wad.

“Aku pula mak meninggal sehari sebelum. Mak meninggal Jumaat lepas Isyak. Esok Sabtu kakak aku nikah. Kenduri kahwin jadi tahlil. Suasana hiba,” kongsi beberapa netizen.

BACA:
Dato’ Seri Vida rela ambil alih kembali pasukan Kelantan, letak anak lelakinya sebagai ‘manager’
Hancing satu kedai! Wanita kantoi kencing terakam dalam CCTV, tengok gaya macam tak tahan betul
Gemar simpan barang sejak 20 tahun lalu, jiran terkejut rupanya individu ini ada masalah ‘Hoarding Disorder’

Leave a Comment