Hilang rasa hormat isteri kepada suami sebab lelaki ini…

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Hilang rasa hormat isteri kepada suami sebab lelaki ini…

Sebagai seorang suami dan lelaki tanggungjawab sangatlah berat janganlah biarkan isteri yang menanggung segala beban dalam rumah tangga.

Sungguh, peranan sebagai seorang suami itu bukanlah ringan tetapi ia merupakan amanah yang berat dari Allah.

Sebaik mana pun seorang wanita dan isteri ada batasnya. Janganlah terlalu bergantung pada isteri hingga wanita yang juga ibu kepada anak-anak hilang hormat pada suaminya sendiri.

Benarlah seperti mana yang dikongsi, sememangnya penghormatan daripada seorang wanita itu bukannya diminta, tetapi diperolehi oleh sang suami bila dia menjaga keluarganya dengan baik.

LELAKI DIBINA ATAS RASA HORMAT?

  1. Kita jadi lelaki ni, bukan sebab kita beli beras dan ada lato-lato sahaja. Kita jadi sebab lelaki itu datang dengan tanggung jawab.
  2. Kita gagah, hebat, kuat, baik, handsome macam Kim Dong Jun pun. Jika tak bertanggujawab susah pasangan kita nak hormat.
  3. Kita jumpa ramai, muka tak handsome, hidup sederhana tapi dialah tulang belakang keluarga. Semua dia usaha beli semua benda sampai ‘kering’.
  4. Dia tak boleh beli benda-benda mewah buat bini. Tapi semua benda asas keluarga dia usahakan beli.
  5. Bayar kereta, rumah, makan, pakai, anak semua dia usahakan. Kadang, dia nak tukar baju setahun sekali pun susah. Sebab dia rasa bertanggujawab.
  6. Percayalah, dia akan ‘dapat’ penghormatan dari isteri.

“Kawan kawan,

“Lelaki ini memang itu fitrahnya.

“Jika hari ini kita masih bahas, “Apa salahnya kongsi sama suami isteri”.

“Benar, tiada salahnya.

“Tetapi jika terlalu lama kita bergantung hidup pada isteri.

“Rasa ‘hormat isteri pada kita’, akan berkurangan dan akan diam-diam hilang.

“Penghormatan ini bukannya diminta, tetapi diperolehi oleh sang suami bila dia menjaga keluarganya dengan baik.

Jaga Keluarga Kita Dengan Baik

“Sediakan rumah kecil yang baik dan selesa buat keluarga kita.

“Kata Mary Martin,

“Perkawinan adalah sebuah lembaga untuk saling menghormati dimana isteri selalu benar, dan yang salah itu selalunya menjadi suami.

“Kita jaga, keluarga kita, ”

“Perempuan Ni Sesabar Manapun Dia Ada Hadnya” – Netizen

Baca : Sistem pembayaran menggunakan kad Debit dan Kredit bakal diperkenalkan di lima lebuhraya ini

Leave a Comment