Hujan Beterusan Di Arab Buat Padang Pasir Jadi Padang Rumput
Rasulullah SAW telah meninggalkan kita, umatnya lebih dari 1,400 tahun yang lalu. Ia adalah satu jangka masa yang tersangat lama. Salah satu dari sabda Rasulullah lebih dari 1,400 tahun lampau yang telah menjadi kenyataan pada hari ini ialah tentang tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat. Antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga tanah Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai.” (Hadis Riwayat Muslim).

Dalam hadis ini, Rasulullah bersabda “sehingga tanah Arab” maksudnya tanah jazirah Arab. Adapun makna sabda Rasulullah SAW “kembali” ialah bahawa dahulu kala tanah Arab dipenuhi oleh rumput dan ladang dan nanti ia akan kembali seperti keadaan asalnya. Tatkala sabda Rasululah SAW ini diucapkan pastinya para sahabat baginda tidak dapat membayangkan bagaimanakah keadaannya pada masa itu. Namun demikian apa yang mereka pasti ialah apa juga sabda Rasulullah SAW wajib akan berlaku. Ini kerana Rasulullah tidak bercakap mengikut nafsu atau kemahuannya. Allah SWT yang memberi hidayah kepadanya untuk bercakap tentang sesuatu perkara.
Apa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah itu kini telah menjadi kenyataan. Berkat kemajuan teknologi dan ketinggian ilmu geologi, ahli geologi telah mengesahkan bahawa sebahagian dataran Arab pada masa dahulu adalah tanah yang subur untuk pertanian dan ladang. Dahulu tanah Arab sangat subur dan bukan padang pasir yang tandus. Namun demikian akibat dari perubahan iklim menyebabkan kekeringan air dan kesannya terhasillah padang pasir yang tandus.
Di antara buktinya adalah penemuan saintis dalam bidang geologi. Salah seorang darinya ialah Professor Alfred Kroner. Beliau ialah seorang pakar geologi terkemuka dunia dari Jabatan Ilmu Bumi Institut Geosciences, Universiti Johannes Gutenburg, Mainz, Jerman. Beliau pernah berkata: “Jika anda menggali tanah di jazirah Arab maka anda akan menemui peninggalan-peninggalan yang menunjukkan bahawa dulunya tanah Arab pernah menjadi daerah yang subur. Buktinya sangat banyak. Di antaranya adalah peninggalan-peninggalan yang ditemui di bawah permukaan batu.”
Sejak Disember 2022, beberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan (hujan, hujan batu dan salji yang terhasil daripada pemeluwapan wap air) pada kadar yang hampir berterusan untuk tempoh yang lebih panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.

Keadaan itu mengakibatkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di barat Saudi dan hujan lebat berterusan serta luar biasa menyebabkan kawasan gurun di Makkah dan Madinah mula menghijau.
Beberapa saintis menjelaskan iklim yang lebih sejuk sedang bergerak dan menuju ke Semenanjung Arab yang membawa bersama salji dan hujan. Situasi ini secara langsung membawa rahmat yang besar dalam kehidupan khususnya tumbuh-tumbuhan.
Jika dilihat kepada kajian saintifik, salji adalah antara komponen utama dalam pembentukan tanah yang menjadi kondisi tanah tersebut lembab dan berair. Dengan keadaan yang berlajutan ini, maka tanah yang dahulunya gersang dan kering bertukar menjadi subur. Ini tidak termasuk hujan yang sering kali turun terutama di kawasan Riyadh dan sekitarnya.
Apa yang berlaku boleh ditakrifkan sebagai sebahagian daripada kekuasaan Allah SWT yang dapat menukar sesuatu kawasan daripada padang gurun gersang kepada kehidupan yang menghijau serta subur, Maha Suci Allah, sesungguhnya Dia Tuhan Yang Maha Perkasa.
Ini Punca Kenapa Tak Boleh Jawab Salam Masa Senja