Agama Islam mengajar kita agar bersikap ihsan terhadap haiwan. Maka, termasuklah dalam perbuatan ihsan itu, tidak menyeksanya dengan cara menyiangnya secara hidup-hidup. Begitu juga, perbuatan menyiang ikan atau haiwan air lain hidup-hidup tidak mencerminkan akhlak sebagai seorang Islam yang dekat dengan sifat rahmat — yakni bersikap belas kasihan dan berkasih sayang — sesama makhluk sebagaimana yang dituntut dalam agama Islam itu sendiri. Hal ini kerana perbuatan atau menyiangnya secara hidup-hidup itu merupakan sejuzuk daripada perbuatan menyeksa haiwan.
Maka kami berpendapat menyiang ikan secara hidup-hidup adalah makruh, bahkan ia menyalahi sifat berlaku ihsan yang dituntut dalam agama. Apatah lagi, kebiasaannya haiwan yang tinggal di air seperti ikan tidak dapat hidup lama di atas darat — yakni setelah ia berpisah dengan air.
Ikuti artikel dibawah ini untuk penjelasan penuh Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai tajuk ini