Huru-hara satu kedai, babi sesat tiba-tiba mengamuk buat kacau dalam premis sampai pekerja cedera. Gara-gara seekor babi jantan ‘menceroboh’ kedai serbaneka, situasi premis tersebut bertambah huru-hara apabila haiwan tersebut bertindak agresif hingga mencederakan pekerja di Jalan Dato Ismail Hashim, di sini.
Kejadian kira-kira 6 petang semalam itu turut menyebabkan pelanggan berlari keluar untuk menyelamatkan diri.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Barat Daya Kapten (PA) Salman Rahimi Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 petang dan lima anggota bergegas ke lokasi.
“Ketika tiba, haiwan itu masih berkeliaran dalam premis, cedera dan dalam keadaan agresif,” katanya.
Menurut Salman, pihaknya dengan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terpaksa menembak mati haiwan itu selepas tembakan pelali tidak berkesan.
Haiwan dianggar seberat 80 kilogram itu dipercayai tersesat dan muncul dari kawasan hutan berhampiran.
@amirulainul007 Seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam cedera ketika keluar bagi menyelamatkan diri selepas seekor babi hutan melulu masuk premis itu di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas malam tadi Setakat jam 9.20 malam APM masih menunggu kehadiran pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut susulan babi hutan itu masih di dalam premis