Ibu dari neraka! Pukul dan bunuh anak kandung guna paip besi, siap masukkan mayat dalam bagasi

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ibu dari neraka! Pukul dan bunuh anak kandung guna paip besi, siap masukkan mayat dalam bagasi. Seorang ibu serta beberapa orang adik beradiknya bertindak kejam selepas didakwa mendera anak kandungnya hingga maut.

Sudahlah dipukul hingga mati, mayat mangsa juga didakwa disumbat di dalam beg pakaian sebelum dibuang di padang rumput berhampiran rumahnya.

Sumbat dalam bagasi pakaian

Memetik laporan The Japan Times, mangsa yang dikenali sebagai Nao Hosaka, 6, didakwa dipukul dan didera oleh ibunya, Saki Hosaka, 34, abang kepada ibunya, Daichi, 32, serta kembar keluarga itu, Tomomi dan Asaka yang berusia 30 tahun.

Selain bersama keluarga, Nao juga tinggal bersama-sama dengan neneknya yang berusia 57 tahun di sebuah pangsapuri.

Ibu dari neraka! Pukul dan bunuh anak kandung guna paip besi, siap masukkan mayat dalam bagasi

Penahanan keempat suspek itu dibuat selepas pihak polis menjumpai nenek Nao yang cedera di tepi jalan dipercayai dipukul oleh kesemua suspek.

Bukan sahaja memukul, mereka juga disyaki mengurung wanita itu di dalam almari di pangsapuri mereka.

Ketika ditahan, Saki memaklumkan bahawa mereka empat beradik membawa mayat Nao yang disumbat dalam bag ke lokasi penanaman sebelum membawa penyiasat ke kawasan tersebut yang terletak kira-kira 800 meter dari pangsapuri mereka.

Kegiatan mereka itu juga dapat dilihat menerusi rakaman video kamera keselamatan (CCTV) yang diperoleh pihak polis.

Disyaki didera setiap hari

Hasil siasatan yang dibuat pihak polis, mereka mengesyaki Nao didera pada setiap hari semasa hayatnya kerana terdapat kesan lebam terutama sekali pada bahagian belakang badannya.

Kematian Nao disyaki berpunca daripada kejutan traumatik akibat dipukul dengan menggunakan logam paip pada 19 Jun yang lalu.

Melihat pukulan yang serius itu dilakukan terhadap badan Nao, polis mempertimbangkan pertuduhan tambahan terhadap suspek iaitu meninggalkan mayat serta kegagalan untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecederaan.

Bukan itu sahaja, polis juga membuat kesimpulan bahawa suspek mempunyai sama ada niat membunuh atau tidak sengaja membiarkan mangsa mati, yang sepatutnya membawa kepada kesalahan membunuh.

Polis turut merampas beberapa objek berbentuk kayu termasuk paip logam dari pangsapuri itu.

BACA:
2 tahun terseksa dalam rumah sendiri, pemilik terkejut dapat tahu kontraktor tanam buhul dalam tandas
Wanita pelik kopi rasa ‘masin’, tak sangka pengamal perubatan letak sesuatu dalam minuman
Isteri terkejut dapat jemputan kahwin di Facebook, nekad serang minta nafkah lepas suami ‘hilang’ 3 tahun

Leave a Comment