TerasMalaysia

Ibu sanggup kurung diri demi jaga keselamatan anaknya, takut naik tangan masa anak merengek

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ibu sanggup kurung diri demi jaga keselamatan anaknya, takut naik tangan masa anak merengek

Perangai si kecil kadang kala memang sukar dijangka. Bila tiba masa dia buat perangai, ibu pun boleh hilang sabar. Namun, ibu hanya manusia biasa yang kadang kala terlepas juga kemarahan kerana geram dengan perangai si anak yang degil dan tidak mendengar cakap.

Kalau sesekali marah memang biasalah tetapi kalau marah dan diikuti dengan memukul anak yang baru berusia setahun, apalah yang dia faham sangat, kesian!

Memang niat kita pukul dan marah anak sebab mahu mendidik tapi kadang kala pendekatan tersebut hanya akan memberi kesan buruk kepada proses tumbesaran si anak.

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang suri rumah sepenuh masa bukanlah satu perkara mudah.

Selain mengemas kediaman, mereka juga terpaksa membahagikan masa menguruskan anak serta suami.

Maka tidak hairanlah sekiranya golongan ini mengalami tekanan lebih tinggi walaupun hanya berada di rumah.

Namun masih lagi ada dalam kalangan masyarakat kita beranggapan bahawa suri rumah ini kurang menghadapi stres memandangkan mereka tidak keluar bekerja.

Hakikat dalam dunia dan kehidupan seorang suri rumah dibuktikan oleh seorang pelayar bernama Nur Syazwani yang meluahkan rasa penat (burnout).

Luahan itu dibuat menerusi ruangan kapsyen pada video dimuat naik di TikTok baru-baru ini sehingga menjadi tular.

@___nrsyazwani

Menjadi Mama diusia muda amat amat lah sukar untuk aku🥺 6tahun menjadi surirumah yang sepenuh nye 🥺 sakit penat sedih aku tetap dalam rumah 🥲 Mental ? Jangan lah cakap kadang aku tak tahu harini hari apa ? Harini berapa haribulan☺️ bukan senang nak jadi sorang ibu yang lembut yang tak garang bukan mudah🥲 Setiap hari buat benda yang sama . Kuali , sudip , petiais , mesin basuh , tv , dinding . kira macam sahabat untuk aku 🤣 hahahhaha dalam video ni cara aku untuk elak pukul anak disaat aku hilang sabau 😭 aku akan mengunci diri kat dalam bilik sampai hilang marah . 😢 Maafkan mama sayang . Mama tade niat nak buat kakak macam ni . Mama cuma takut terpukul kakak 😢 Ya Allah Berikan Lah kesabaran Kekuatan untuk aku sentiasa kuat segala dugaan yang mendatang 🥺 untuk SURIRUMAH diluar sana Korang Memang hebat 😊 Semoga korang pun diberikan kesihatan dan kekuatan untuk segala dugaan yang mendatang 🥺#Fyp#surirmah#mental#hargaiselagimasihada

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

“Menjadi ibu di usia muda amatlah sukar untuk saya. Sakit, penat dan sedih saya tetap dalam rumah.

“Mental? Jangan cakaplah kadang saya pun tak tahu hari ni hari apa dan berapa hari bulan.

“Bukan senang nak jadi seorang ibu yang lembut tak garang. Bukan mudah. Setiap hari buat benda sama. Kuali, sudip, peti ais, mesin basuh, televisyen dan dinding. Kira macam sahabat untuk saya,” katanya.

Dalam video tersebut, wanita ini menunjukkan rakaman yang diambil melalui celah lubang kunci pintu memaparkan keadaan anaknya sedang meraung di luar sebuah bilik.

Sebagaimana dipaparkan dalam rakaman, anaknya itu meronta-ronta meminta tolong daripada si ibu namun tiada sebarang respons diberikan oleh Syazwani.

Jelasnya yang sudah enam tahun menjadi suri rumah sepenuh masa, dia terpaksa mengurungkan diri dalam sebuah bilik bagi mengelakkan dirinya memukul anak ketika berada di luar kawalan.

“Dalam video ni cara saya untuk elak pukul anak di saat hilang sabar. Saya akan mengunci diri dekat dalam bilik sampai hilang rasa marah. Maafkan mama sayang.

“Mama tak ada niat nak buat kakak (panggilan pada anak) macam ni. Mama cuma takut terpukul kakak.

“Ya Allah, berikanlah saya kesabaran dan kekuatan untuk sentiasa kuat dengan segala dugaan mendatang,” jelasnya yang hanya mampu berserah dan hampir putus asa.

Dalam hantaran sama, Syazwani turut meluahkan rasa kagumnya dengan kemampuan suri rumah di luar sana yang mampu melaksanakan tugas mereka.

Malah, dia turut mendoakan agar mereka diberikan diberi kesihatan dan kekuatan untuk segala dugaan mendatang.

Perkongsiannya ini meraih perhatian netizen terutama golongan ibu yang turut meluahkan isi hati mereka di ruangan komen.

Sumber

Baca : Pekerja kapal ajar cara macam mana pelayar nak tahu waktu berbuka masa atas kapal

Leave a Comment