TerasMalaysia

Ibu tak keruan lepas tayang kecemerlangan anak dekat media sosial, anak kena ganggu dan hilang ingatan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ibu tak keruan lepas tayang kecemerlangan anak dekat media sosial, anak kena ganggu dan hilang ingatan

Penggunaan media sosial kini sudah menjadi keutamaan bagi masyarakat kita dan hampir pasti, setiap orang akan memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media itu.

Ia dianggap penting dan menjadi tempat untuk menceritakan segala yang berlaku di dalam kehidupan hinggakan apa yang diluahkan di media sosial sebenarnya sesuatu yang patut dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain.

Umur, hal ehwal keluarga dan juga harta merupakan 3 perkara peribadi yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Namun pada zaman sekarang, ramai individu yang terlalu galak berkongsikan kebahagiaan di media sosial tanpa menyedari ia turut mengundang perhatian ‘mata’mata’ jahat.

Dalam sebuah kejadian yang dikongsikan oleh perawat Islam bernama Ustazah Ayu, dia sempat merawat seorang anak muda dipercayai terkena gangguan mistik.

Semuanya bermula setelah ibunya berkongsikan pencapaian cemerlang si anak di sekolah ke platform media sosial.

Daripada bergelar seorang best student di sekolah, kini jiwanya sentiasa merasa tidak tenang.

Lebih menyedihkan, pelajar cemerlang ini turut hilang minat untuk menuntut ilmu di samping memorinya kian terjejas.

Setiap kali berada dalam kelas, dia mudah pengsan selain mengalami bleeding teruk.

Dalam rakaman tersebut, Ustazah Ayu seakan melakukan ruqyah di seluruh badan termasuklah berfokus kepada rahim anak muda berkenaan.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang merasa hiba dan sama-sama menjadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Pernah terkena sendiri gangguan yang sama, netizen bersetuju bahawa hal-hal gembira dalam keluarga lebih elok disimpan sendiri sahaja.

Sumber

Baca : Ramai risau tengok trend baru yang viral sekarang, air berkarbonat campur susu pekat

Leave a Comment