Ibu tunggal anak satu cerita cara dia ‘survive’ untuk sara kehidupan, hampir-hampir hilang motor

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ibu tunggal anak satu cerita cara dia ‘survive’ untuk sara kehidupan, hampir-hampir hilang motor. LINANGAN air mata seorang penghantar makanan yang berdepan kesukaran dengan bebanan hutang menyentuh hati ramai.

Kisah ibu tunggal ini tular selepas dia berkongsi kisah di TikTok apabila didatangi individu yang mahu menarik motosikalnya gara-gara tunggakan ansuran bulanan.

Malah, dia terpaksa merayu kerana motosikal berkenaan digunakannya untuk mencari rezeki.

Tangkap layar video TikTok luahan Wanie mengenai masalah kewangannya.

Bercakap kepada mStar, wanita bernama Siti Norol Salwani Ismail itu memberitahu, dia mencari pendapatan sebagai penghantar makanan sepenuh masa sejak lebih setahun lalu.

Ibu tunggal anak satu cerita cara dia ‘survive’ untuk sara kehidupan, hampir-hampir hilang motor

Ibu muda berusia 28 tahun itu berkata, dia kini menetap di Kuala Lumpur bersama anak lelaki berumur sembilan tahun dan adik perempuan yang mengalami masalah kesihatan.

“Keadaan kesihatan adik tidak mengizinkannyan untuk bekerja. Saya menjadi ibu tunggal sejak anak masih dalam kandungan.

“Sebenarnya saya terkejut, tak sangka video luahan tu jadi viral. Saya hanya berkongsi kesedihan sebab sangat terdesak, tapi bukan mahu meraih simpati,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Wanie, dia mengakui terkejut apabila mengetahui tunggakan bayaran ansuran untuk motosikalnya berjumlah kira-kira RM2,000.

“Saya bukan tak bayar langsung, tapi bayar kurang daripada jumlah yang sepatutnya setiap bulan. Selain itu, saya ada juga tunggakan sewa rumah kira-kira RM1,000.

@wanie_kelate

kisah hari nie dgn keadaan selsema xsihat bt juga grab tiba2 ada yg dtg nk tarik motor dia kata 3 bulan dh xbyr mmg ada tunggakkan bulan2 byr juga 100 150 mcm tu bulan nie je xbyar lagi dia kata sy bt keje sy je nk x nk kena tarik motor nie, terus ckp ng dia klau awk tarik sy nk keje mcm mne nk cari duit bt byar smua tunggakkan tu dgn anak kt rmah lagi nk mkn apa? bkn xbyr trus cuma xbyr penuh je bincang2 dia kata xpe la sy lepaskan tapi klau org lain yg tahan sy xthu la mcm mne pstu dia minta duit kopi terus terang ckp ada dlm beg rm3 je…dia pon gerak terus…. entah la mcm mne nk bt lagi nk settle kn smua tu duit nk mkn lagi bru je lepas byar rmah bnda lain lagi dtg kalau ada duit 6k trus boleh settle duit motor tapi tu la nk cari untk 3 bulan pon susah

♬ original sound – ~bunga_larangan~

“Syukur tuan rumah faham keadaan saya, dan saya masih dapat bayar sikit walau tak banyak,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur dengan kadar sewa RM800 sebulan.

Wanie membesarkan anak lelakinya.

Dengan bebanan hutang termasuk bil elektrik sebanyak RM400, a nak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu tidak mempunyai pilihan selain merayu agar motosikalnya tidak ditarik.

“Saya cakap dengan orang tu bahawa motosikal ini adalah satu-satunya kenderaan untuk saya buat kerja, cari rezeki. Bukan saya nak meraih simpati, tapi saya benar-benar tak mampu.

“Kadang-kadang, adik dan anak dapat makan nasi dengan telur goreng bersama kicap. Saya tak makan tak apa, asalkan mereka makan di rumah.

Saya pernah keluar bekerja cuma bawa duit syiling, cukupkan RM5 hanya untuk isi minyak motor.

WANIE
“Nak beli beras dan telur pun tak mampu, saya berhutang dengan kedai runcit dekat rumah,” katanya yang pernah keluar bekerja seawal 8 pagi hingga 10 malam.

Menurut anak kelima daripada 10 beradik itu, dia mengakui bukan semua memahami kesusahan yang dialaminya hanya kerana dia bekerja sebagai penghantar makanan.

“Orang luar tak tahu keadaan saya, yang tahu pun hanya rakan-rakan terdekat. Kalau ada yang nak tolong, saya terima sebab sekarang pun keadaan terdesak.

Wanie pernah mengusahakan bisnes daging harimau menangis.

“Saya pernah keluar bekerja cuma bawa duit syiling, cukupkan RM5 hanya untuk isi minyak motor. Selepas tu saya tunggu cash out daripada kerja delivery yang saya buat,” katanya sambil menambah kebiasaannya makan roti atau ihsan rakan sekerja ketika bertugas.

Tidak mahu dikatakan sekadar meraih simpati, Wanie yang mula menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berniaga makanan.

“Saya pernah berniaga daging harimau menangis pada 2021 dan bertahan selama setahun je sebab tak cukup modal.

“Kalau ada modal atau offer untuk saya berniaga makanan, insyaAllah saya terima. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan hanya Allah yang dapat membantu membalas kebaikan anda semua,” katanya.

BACA:

Tular video gadis buat perbandingan dengan bahasa Malaysia yang 1 pun tidak diguna pakai seharian

Polis beri nasihat tentang taktik baru penyamun yang menggunakan lampu ‘handphone’ sebagai perangkap dibahu lebuhraya.

Derhaka Kerana Seorang Perempuan, Ibu Dibuat Seperti Orang Luar – “Ibu Tu Dah Tua, Otak Dia Dah Benak”

Leave a Comment