TerasMalaysia

Iman Troye kongsi gambar masa kecil, lain betul bila dah besar, kecil-kecil muka macam makcik

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Iman Troye kongsi gambar masa kecil, lain betul bila dah besar, kecil-kecil muka macam makcik. Iman Troye atau nama sebenar beliau Siti Nur Alyssa Sahabudin merupakan penyanyi yang popular dengan lagu Teman, Nang dan Harum Sundal Malam. Bakat nyanyian Iman mula mendapat perhatian setelah menjadi peserta program nyanyian I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada tahun 2019. Meskipun tidak berjaya menjadi finalis di program tersebut namun, beliau berpeluang menjadi artis rakaman dengan berbekalkan bakat yang ada.

Nama beliau juga kini semakin di kenali setelah mendapat pengiktirafan meluas menerusi lagu single sulungnya, Teman.

Lagu berkenaan mempunyai jumlah tontonan di saluran Youtube sebanyak 20 juta melalui muzik videonya dan lagunya telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui Spotify.

Iman Troye kongsi gambar masa kecil, lain betul bila dah besar, kecil-kecil muka macam makcik

Selain daripada I Can SeeYour Voice, Iman juga pernah menyertai program nyanyian The Masked Singer Malaysia musim kedua.

Meskipun baru setahun jagung menjadi penyanyi namun pada bulan November tahun lalu, wajahnya telah dipilih untuk menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square New York Amerika Syarikat.

Pencapaian tersebut sekaligus menjadikan Iman Troye sebagai penyanyi wanita bertudung Malaysia ketiga dan artis wanita tempatan keempat yang terpilih menjayakan kempen Equal yang dikendalikan platform muzik digital Spotify untuk mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia

Sesuai dengan usinya yang memasuki alam remaja, Iman juga sangat aktif berinteraksi bersama para peminat beliau di platform media sosial.

BACA:

Kes 1MDB: Selain dari Leonardo dan Kim Kadarshian, ramai lagi selebriti yang terlibat

Cuai ketika bertugas, anggota polis ini kena saman dengan Polis Trafik

Ibu terkedu tengok keadaan anak lepas datang senyap-senyap dekat rumah asuhan

Leave a Comment