“Indah khabar dari rupa” – Wanita lesap RM17,000 lepas check in resort dekat johor
“Sorry to say but memang indah khabar dari rupa,” demikian kata pempengaruh yang juga pengasas produk kecantikan, Bella Khan, mengenai pengalamannya yang kurang memuaskan apabila menginap di sebuah resort di Johor.
Menerusi Twitter miliknya, Bella meluahkan rasa kecewa apabila mereka dilayan dengan sangat buruk di situ, tidak cukup dengan itu, dia juga berkongsi keadaan bilik itu yang sangat teruk dan berbau hapak. Kemudahan yang kebiasaannya disediakan di mana-mana hotel percutian juga tiada disediakan.

“Servis dan pengurusan di sini memang teruk. Fasiliti asas yang dalam semua semua tak ada, seperti cerek atau peti ais mini, tiada televisyen, tiada air bersih untuk mandi.
“Katanya underground water, tapi bila gosok gigi dan basuh muka, mandi semua masin weh!
“RM17,000 bayar untuk 15 orang. Dia caj per kepala tau, bukan per bilik. Tapi dapat bilik macam hostel, bilik berbau, tak jaga kebersihan langsung.
“Patutlah dalam website tak letak gambar bilik langsung. Indah khabar dari rupa. Makanan yang dibayar dalam pakej, semua masin,” katanya.
Selain itu, Bella turut mengesan banyak pepijat di katil menyebabkan badan mereka mengalami kemerah-merahan akibat digigit pepijat.
Insiden yang tidak diingini itu membuatkan Bella tergerak hati untuk menyemak feedback yang diterima oleh itu secara online dan ternyata ramai bekas pelanggannya memberi komen yang teruk.
Difahamkan, Bella juga memberikan maklum balas berhubung pengalaman buruknya di resort tersebut. Malangnya, maklum balasnya juga telah dipadamkan.
“A##### #### delete semua komen bad review pasal diorang ke tu? Tolong perbaiki servis korang. Kami bayar untuk semuanya. RM17,000 untuk 3 hari 2 malam. NBukan sponsor ke apa. Tolong layan pelanggan korang betul-betul,” katanya.