
Individu Jual Rakaman Video CCTV Dalam ‘Fitting Room’ Diburu Polis
Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter mengenai seorang individu yang bertindak menjual beberapa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik persalinan di butik pakaian terkemuka di sebuah pusat beli belah.
Menerusi ciapan tersebut, individu itu dikatakan sengaja meletakkan kamera tersembunyi di bilik persalinan bagi merakam aksi pelanggan ketika menukar pakaian.

Susulan penularan video tersebut, beberapa orang mangsa telah tampil untuk memberikan kenyataan mengenai lokasi dan tarikh kejadian tersebut.
Polis turut menerima laporan berkaitan video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan tersebut.
Terbaharu, pihak polis telah menjalankan siasatan atas rakaman CCTV di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah yang tular.
[VIDEO] Seriau! Remaja Ini Kongsi Detik Cemas Kemalangan Jalan Raya