TerasMalaysia

Individu kecewa ‘housemate’ pengotor dan pemalas, selamba pakai baju yang tak basuh dan biarkan bilik bersepah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Individu kecewa ‘housemate’ pengotor dan pemalas, selamba pakai baju yang tak basuh dan biarkan bilik bersepah.

MENYEWA sebuah rumah bersama individu lain pastinya dapat mengurangkan kos perbelajaan bulanan.

Namun hakikatnya emosi akan terganggu apabila mendapat teman serumah yang tidak sebulu dan pengotor.

Berkongsi pengalaman buruk ketika menyewa, pelayar Twitter ini meluahkan rasa geli dan geram terhadap teman serumahnya yang seolah-olah ‘kebal’ penyakit.

Mana tidaknya, bilik yang didiami bukan sahaja bersepah dengan sampah dan berbau busuk, malah lantai juga melekit apabila dipijak.

Bukan itu sahaja, lantai berjubin putih itu juga kelihatan seperti berkarat kerana terdapat kotoran akibat tidak pernah dicuci.

Individu kecewa 'housemate' pengotor dan pemalas, selamba pakai baju yang tak basuh dan biarkan bilik bersepah

Paling mengejutkan apabila bajunya tidak pernah dibasuh dan diulang pakai selama beberapa kali meskipun telah berbau busuk.

Menurut lelaki itu lagi, paling menyakitkan hati apabila makanan yang dibelinya turut dimakan oleh teman serumah itu tanpa meminta keizinan terlebih dahulu.

“Housemate from hell. Pengotor, pakaian tak pernah basuh dan makan makanan orang suka hati saja.

“Housemate berasal dari Pantai Timur, negeri bermula dengan huruf K,” ciapnya.

Aku pernah dapat housemate macam ni. MasyaAllah tak tahu nak cakap dia punya pemalas tu tahap macam suruh telan racun.

Menurut pengguna Twitter itu lagi, kejadian yang paling tidak dilupakan adalah kain sofa rumahnya bertukar hitam selepas rakan serumah ‘berkubang’ di atasnya.

Mana tidaknya, sofa tersebut dijadikan tempat tidur selama lebih dua bulan kerana pada waktu itu kipas di biliknya rosak.

“Dia pernah ‘tinggal’ di sofa rumah selama dua bulan lebih sebab kipas bilik rosak. Kain sofa tu jadi hitam legam brother.

“Ada masa dia pakai boxer loose, ‘lato-lato’ tergantung dan lepak di sofa… aku juga yang kena basuh kain sofa tu,” luahnya lagi.

Disebabkan tidak tahan dengan situasi sebegitu, dia anggup membelikan kipas baharu untuk teman serumahnya sekali gus mengelakkan dia daripada terus menggunakan ruang tamu dan sofa sebagai tempat tidur.

“Masa tukang elektrik datang pasang kipas, dia tiba-tiba mengaku ada sijil SKM (Sijil Kemahiran Mara) level 3 dan tahu buat tetapi enggan sebab bukan kerjanya,” tambah pelayar Twitter itu.

Menurutnya lagi, dia sudah berbincang dengan rakan serumah mengenai isu ini beberapa kali sama ada melalui WhatsApp mahupun bersemuka.

Namun kesemuanya tidak berjaya menemui penyelesaian meskipun sudah bertumbuk dan memaki hamun.

Bagaimanapun, dia menyatakan bukan semua K, dipercayai singkatan untuk negeri Kelantan berperangai seperti rakan serumahnya itu.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya berkongsi pengalaman mendapat rakan serumah dari negeri yang sama.

BACA:
Menjadi korban ‘ritual’ untuk projek yang besar, Hantu Janet pernah menghantui Sarawak suatu ketika dahulu
Anak terkilan bapa sebenarnya bertopengkan syaitan, kantoi ketagih porno dan mempunyai perempuan simpanan
Pemuda hampir kahwin dengan lelaki, terkejut dapat tahu masa sesi melamar keluarga pengantin

Leave a Comment