Individu kongsi ‘tips’ bila masuk bilik hotel, elak perkara tak diingini berlaku dan cipta suasana lebih selamat
Menginap di hotel! Siapa saja yang tidak menyukai pengalaman ini kan ? Dengan suasana baru, katil yang empuk, penghawa dingin, dan pelbagai lagi kemudahan serta fasiliti yang anda pasti membuatkan kita gembira apabila menginap di hotel.
Tetapi, dalam gembira itu jangan dilupakan juga soal keselamatan, terutamanya buat kaum wanita. Walaupun nampak seperti remeh, tetapi soal keselamatan dan privasi tidak harus dipandang enteng.
Seorang pengguna TikTok dengan nama Mirzan Johor telah berkongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan untuk memastikan bilik penginapan di hotel selamat dari apa-apa gangguan. Berikut merupakan tipsnya :
1. Masukkan gelas pada tombol pintu di bahagian dalam

Teknik ini berfungsi sebagai penggera awal sekiranya ada seseorang hendak menceroboh masuk ke dalam bilik hotel.
Apabila tombol pintu itu dipulas dari luar, gelas berkenaan akan terjatuh ke lantai dan pecah, sekali gus menghasilkan bunyi yang kuat.
Misalnya ketika itu anda sedang tidur nyenyak, bunyi gelas kaca yang pecah itu akan menyebabkan anda terbangun dan kemudian bertindak segera sebelum terlambat.
Selain itu, bunyi gelas kaca pecah juga akan mengejutkan penceroboh dan mampu menakutkannya dari meneruskan cubaan untuk memecah masuk bilik hotel.
2. Letak jari pada cermin di dalam tandas

Pastikan pantulan jari anda di dalam cermin tidak bertemu dengan jari anda di luar.
Jika jari anda bertemu, itu bermakna ada ruang kosong di sebalik cermin berkenaan, seperti sebuah tingkap.
Ada kemungkinan diletakkan kamera di sebalik ‘cermin’ tersebut untuk merakam aktiviti anda di dalam tandas, sentiasa berhati-hati!
3. Buat pengesanan ‘spy cam’

Sungguh merunsingkan jika ada kamera tersembunyi dipasang di dalam bilik hotel, jangan risau kerana ada cara mudah untuk mengesannya.
Pertama, padamkan semua lampu di dalam bilik hotel dan tutup langsir di tingkap, biarkan jadi gelap gelita.
Seterusnya buka kamera telefon pintar anda dan halakan ke setiap sudut di dalam bilik hotel terutamanya pada lohong penghawa dingin kerana di situ adalah tempat favourite untuk spy cam dipasang.

Jika ada kelihatan bintik berwarna merah melalui kamera telefon pintar anda, itu bermakna ada spy cam dipasang pada kawasan tersebut.
Bintik merah itu adalah cahaya inframerah (infrared) yang dikeluarkan spy cam dan kamera telefon pintar anda dapat mengesannya.