TerasMalaysia

Influencer dedah restoran terkenal guna bahan tidak halal dalam hidangan nasi ayam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Influencer dedah restoran terkenal guna bahan tidak halal dalam hidangan nasi ayam

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah restoran yang telah beroperasi lebih 20 tahun yang menjual nasi ayam di dalam periuk tanah dan menu nasi ayam tersebut sebagai ‘best seller’ di restoran terbabit.

Dalam video tersebut, dikatakan bahawa pemilik restoran itu beragama Islam dan makanan yang disajikan tersebut halal.

Namun, ada akaun TikTok mendedahkan bahawa ketika dia mengunjungi restoran yang dimaksudkan sebelum ianya viral, dia mendapati kedai tersebut ada menggunakan minyak bijan dan juga campuran ‘rice wine’.

Menurut pengguna TikTok tersebut, restoran itu didakwa menyajikan makanan yang dicampur bahan yang tidak halal dan isu ini meraih perhatian ramai dan penjelasan daripada pemilik restoran berhubung isu terbabit juga turut diminta.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen di TikTok berkenaan mengakui sebagai seorang cina muslim, dia mengesahkan bahan tambahan yang digunakan itu mengandungi alkohol dan tidak halal.

Menurutnya, sos yang digunakan itu adalah daripada sebuah jenama ‘rice wine’ yang mengandungi 16% alkohol di dalamnya.

Lebih mengejutkan, selain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang berlaku, pihak restoran mengumumkan bahawa restoran mereka akan ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja penambahbaikan.

Berikutan penutupan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan restoran itu yang disifatkan ingin ‘lari’ dari menjawab persoalan yang diketengahkan selain ada yang mendakwa ianya ditutup selepas ‘kantoi’ menggunakan ‘rice wine’.

Sumber

Baca : Ramai terkejut tengok, individu jumpa fosil karang ‘tabulate’ pada lantai pusat membeli belah Suria KLCC

Leave a Comment