TerasMalaysia

Influencer Ini Buat ‘Statement’ Panas Lepas Ditanya Tentang Isu Awet Muda, Ramai Tak Puas Hati

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Influencer Ini Buat ‘Statement’ Panas Lepas Ditanya Tentang Isu Awet Muda, Ramai Tak Puas Hati

Baru-baru ini tular di media Indonesia yang mana seorang influencer yang dikenali sebagai Gita Savitri telah menarik perhatian netizen kerana mengeluarkan kenyataan bahawa wanita yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai zuriat adalah salah satu punca kekal awet muda.

Bahkan, Gita juga berpendapat wanita tanpa anak dapat tidur yang cukup iaitu selama lapan jam tanpa tertekan mendengar jeritan daripada anak.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Gita selepas menjawab sebuah komen daripada pengikutnya di akaun Instagramnya, namun telah membangkitkan rasa kurang senang netizen.

Gita kemudian membalas komen tersebut dengan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak mempunyai anak adalah cara semulajadi untuk mengekalkan awet muda.

Walaupun kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi, Gita tetap menegaskan untuk tidak mempunyai anak dan menganggap anugerah Ilahi itu sebagai beban.

Perkara itu telah mencetuskan kontroversi kerana disifatkan seperti menyindir wanita yang sudah berkahwin dan bergelar ibu. Netizen juga merasakan influencer itu sombong dengan anugerah yang Tuhan berikan.

Malah, netizen menganggap kenyataan itu salah apabila membandingkan Gita dengan beberapa selebriti tanah air mereka yang berusia 50 tahun ke atas tetapi tetap nampak muda.

Difahamkan, Gita dan suaminya membuatkan keputusan untuk tidak memiliki anak sejak 2021.

Sumber

Baca : ‘Rider’ Tunjuk Gangster Nak Hayun Helmet Dekat Orang Tua Sebab Lagu Kuat Masa Buat Hari Keluarga

Leave a Comment