Ingatkan Kak Engku ada kembar, rupanya wajah anaknya sendiri seiras sepesen macam dia
Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, Raja Azura atau lebih mesra dikenali Kak Engku bersama anaknya, Engku Puteri Mia Maizura telah meraih perhatian wargamaya.
Bagi yang baru pertama kali melihat anak Y.M Raja Azura Tengku Tajuddin tentu mengakui wajah anaknya sama dengan dirinya.
Video yang dirakam ketika hendak menghantar anaknya ke asrama sambil makan dalam kereta membuatkan para warganet membuat perbandingan.
Tak ubah seperti ibunya, Mia seorang yang ceria dan cerewet. Ceria betul Mia apabila mereka sampai ke asrama. Sekali lagi, Mia memberitahu ibunya untuk tidak merinduinya atau menangis di meja makan jika dia merindui Mia.
Sambil mendengar anaknya memohon doa untuk kembali ke sekolah, Raja Azura juga memberikan nasihat kepada anaknya supaya berkelakuan baik.
Rata-rata mengatakan dua beranak ini memiliki wajah yang sama! Malah ada yang mengatakan seakan adik beradik kembar.
