Ingatkan mak-mak jalan makan angin dekat KL, rupanya budak baru berusia 14 tahun
Baru-baru ini, tindakan seorang remaja perempuan yang seolah-olah berbangga apabila fizikal dan gayanya kelihatan lebih dewasa berbanding usia sebenar telah mengundang perhatian warganet di aplikasi TikTok.
Menerusi satu perkongsian video di platform tersebut, pelajar berusia 14 tahun itu melakukan perbandingan dirinya ketika berada di dalam dan luar sekolah terutama dari segi penampilan.
Berdasarkan kapsyen di dalam video, remaja berkenaan dipercayai tidak kisah sekiranya dikatakan kurang cantik di sekolah asalkan dirinya dilihat lebih ‘matang’ apabila berada di tempat awam.
Meninjau ke ruangan komen, bagaimanapun rata-rata warganet meninggalkan pelbagai sindiran terhadap remaja terbabit yang disifatkan terlalu berusaha untuk kelihatan seperti golongan dewasa.
Malah, tidak kurang terdapat juga beberapa lndividu menyamakan penampilan berkenaan seperti segelintir golongan ibu yang sudah memiliki ramai anak.