Ingatkan rumah serangga perosak atau berbisa, tak sangka sarang angkut-angkut ini boleh sembuhkan penyakit kudis

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ingatkan rumah serangga perosak atau berbisa, tak sangka sarang angkut-angkut ini boleh sembuhkan penyakit kudis. Tahukah anda ia adalah sarang angkut-angkut, sejenis serangga yang sering dilihat mengangkut tanah untuk membina tempat tinggal.

Melalui satu perkongsian di TikTok oleh Fadli Maliki, sarang angkut-angkut ini dikatakan mempunyai banyak kegunaan yang tidak diketahui ramai.

Menurut Fadli Maliki, ia sangat berguna sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kulit seperti kudis buta dan kanser luaran seperti kanser payudara.

Berikut adalah cara untuk anda memanfaatkan sarang angkut-angkut sebagai kaedah perubatan tradisional.

Ingatkan rumah serangga perosak atau berbisa, tak sangka sarang angkut-angkut ini boleh sembuhkan penyakit kudis

1. Cari sarang angkut-angkut yang sudah kosong

Sarang angkut-angkut ini biasanya sudah keras strukturnya, tarik keluar dari dinding secara perlahan-lahan.

Bersihkan bahagian dalamnya menggunakan tisu atau kain.

Antara sebab sarang ini disyorkan untuk tujuan perubatan tradisional adalah kerana serangga angkut-angkut akan mencari tanah yang berkualiti sahaja untuk membina rumahnya.

2. Cari daun keladi atau daun pisang

Gunakan daun keladi atau daun pisang ini untuk menadah air hujan sebelum dimasukkan ke dalam bekas atau cawan.

Kemudian, letakkan sarang angkut-angkut itu bersama daun keladi atau daun pisang.

Seterusnya curahkan air hujan ke atas sarang angkut-angkut.

Setelah sarang angkut-angkut itu menjadi lembik, lumatkannya bersama daun keladi atau daun pisang menggunakan lesung batu.

3. Bacaan ketika melumatkan sarang angkut-angkut

Ketika anda sedang melumatkan sarang angkut-angkut bersama daun keladi, Fadli Maliki menasihatkan anda untuk membaca ayat suci ini.

Surah al-Fatihah
Bacaan 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
Ayat kelima surah al-Fil, dibaca sebanyak 21 kali
Selawat Syifa’
Selepas sarang angkut-angkut dan daun keladi itu hancur lumat, boleh sapukannya ke bahagian badan yang terjejas seperti kawasan kulit yang mengalami kudis.

InsyaAllah akan mujarab, letakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah SWT dan jika masih tidak sembuh, segeralah berjumpa dengan doktor.

@fadli.maliki

Part 1 -petua : Rahsia sarang angkut2 untuk merawat kanser/kudis buta dan lain penyakit kulit .

– ruangsendu” href=”https://www.tiktok.com/music/original-sound–6897075703431351041?refer=embed”>♬ original sound – :> – ruangsendu

BACA:
“Aku rasa disisih dan terhina bila duduk dengan kakak, alangkah terkejutnya aku bila aku tahu kakak itu sebenarnya ibu aku”
Alang’s Rawa ambil tindakan undang-undang terhadap Norreen dan Iman, berang sebab nama baik dan reputasi musnah
Trend baru di Tiktok, tagih gift masa buat live sampai orang ramai gelar pengguna ini ‘pengemis moden’

Leave a Comment