Ini Cara Senang Nak Tambah Tempat Baru Dalam Whatsapp, Tak Payah Dah Nak Pin ‘Nearest Location’
WhatsApp merupakan aplikasi social networking yang paling popular di Malaysia. Sejak saya guna dari tahun 2011, terdapat pelbagai fungsi yang telah diperkenalkan. Ia bukan sekadar untuk berkomunikasi dan menggantikan SMS, tetapi ia lebih daripada itu.
Sebahagian daripada kita pasti ada yang mempunyai kedai atau pun pejabat sendiri. Jika mahu dikongsi lokasi tersebut menerusi WhatsApp, sudah pasti ia tidak tersenarai sekiranya masih baharu lagi.
Menerusi akaun TikTok @pa_koi, beliau mengajar cara menambah lokasi baharu di dalam WhatsApp Location. Dengan menambah lokasi bisnes atau pejabat anda, selepas ini boleh dikongsikan dengan mudah tanpa perlu membuka aplikasi navigasi lain.
Cara tambah lokasi baharu dalam WhatsApp Location
1. Muat turun aplikasi Foursquare menerusi Google Play Store atau App Store secara percuma.

2. Selepas itu, masuk ke profil anda lalu pergi ke bahagian Settings.

3. Untuk menambah lokasi bisnes atau pejabat anda, klik pada bahagian Add a new place.

4. Sebaik selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan pada ruangan, anda perlu menunggu sekitar 24 jam sehingga 72 jam untuk pengesahan.
5. Akhir sekali, lokasi baharu bakal terpapar dan boleh dikongsikan kepada kenalan atau umum.
Selepas ini, anda sudah boleh kongsikan lokasi perniagaan atau pejabat dengan mudah menerusi ciri location di WhatsApp sahaja. Di samping itu, aplikasi Foursquare ini juga sedia menawarkan saranan senarai lokasi untuk mencari makanan dan aktiviti menarik yang berdekatan sekitar anda.
Baca : Imam Muda Asyraf Luah Perasaan Dan Kongsi Pengalaman Melanda Keluarga Masa Gempa Bumi Di Turkey