Ini Dia Motor Keluaran Harley Davidson Tahun 1908 Tak Masuk Akal Harga Yang Dibuka

Ini Dia Motor Keluaran Harley Davidson Tahun 1908! Tak Masuk Akal Harga Yang Dibuka

Motor Harley-Davison sememangnya sinonim dengan imej pakcik-pakcik pencen. Kerana rekabentuknya itu, tidak ramai orang muda gemar memilikinya. Lagi pun harganya yang premium menyebabkan hanya segelintir orang sahaja yang mampu memilikinya.

Baru-baru ini, sebuah motosikal Harley-Davidson keluaran tahun 1908 dijual pada harga AS$935,000 (RM4 juta), menjadikannya motosikal paling mahal pernah dijual dalam acara lelongan, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Firma lelongan Mecum Auctions berpangkalan di Las Vegas berkata, motosikal itu dikenali sebagai “Strap Tank”. Ia dijual dalam acara lelongan lewat bulan lalu.

“Kami memasarkan motosikal itu dengan baik dan Harley merupakan jenama motosikal Amerika paling popular.

“Justeru, kami merasakan ia akan mencatat lelongan yang baik, namun anda pasti terkejut apabila kami berjaya menjual motosikal pada harga paling mahal,” kata Pengurus Bahagian Motosikal Mecum Auctions, Greg Arnold.

Tambah Arnold, Harley-Davidson “Strap Tank” itu adalah model yang jarang ditemui, menjadikannya sebagai suatu penemuan unik. Hanya 207 buah motosikal “Strap Tank” dibina, yang menjadikan jentera ini sebagai tunggangan tertua dalam senarai motorsikal Harley-Davidson paling mahal ini.

“Motosikal ini memiliki banyak bahagian asli. Ia menjadikan kenderaan tersebut lebih luar biasa,” jelasnya.

Motosikal tersebut ditemui dalam keadaan baik di sebuah bangsal di Wisconsin oleh seorang ahli perniagaan, David Uihlein pada 1941 sebelum dia menyimpan kenderaan itu selama 66 tahun.

Ia kemudian dibaik pulih oleh seorang individu bernama Paul Freehill dari negeri Indiana, kata Mecum Auctions.

Sumber

Baca : Influencer Ini Buat ‘Statement’ Panas Lepas Ditanya Tentang Isu Awet Muda, Ramai Tak Puas Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *