Ini jawapan Mufti dari sudut islam tentang raya sampai sebulan yang ramai ternganga
Pernah dengar tak orang selalu kata “Raya kan sebulan!”
Malah terdapat persoalan mengenai adakah sebenarnya Hari Raya Aidilfitri hanya sehari atau orang Melayu sahaja yang suka menyambutnya hingga sebulan lamanya iaitu sepanjang bulan Syawal.
Berikut adalah jawapan dan penjelasan yang dipetik daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Ketika hari raya, umat Islam digalakkan untuk saling menziarahi bagi merapatkan hubungan silaturahim. Di Malaysia, budaya menganjur rumah terbuka sering dilakukan bagi menerapkan semangat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:
Siapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim (Hadis riwayat al-Bukhari).
Selain itu, aktiviti yang dilakukan ketika raya iaitu menyambut dan memuliakan kedatangan tetamu merupakan salah satu adat yang tidak bercanggah dalam agama. Rasulullah SAW bersabda:
Siapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat maka berkatalah benar atau diam, siapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat janganlah menyakiti jiran, siapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat maka muliakanlah tetamu (Hadis riwayat al-Bukhari).
Meskipun hari raya hanya disyariatkan pada 1 Syawal sahaja, hal ini tidak bermaksud umatnya tidak boleh melakukan kebaikan. Oleh itu, saling menziarahi pada sepanjang bulan Syawal adalah diharuskan dalam Islam.
