Ini penampilan terkini pelakon filem sutun yang pernah jadi fenomena suatu ketika dahulu
Masihkah anda ingat drama Sutun? Pelakon yang memegang watak utama drama Sutun ini ialah Ku Mohd Yusri. Berperwatakan lembut dan selalu dimarahi oleh ayahnya sendiri.
Siapa yang pernah menonton drama Sutun sudah pasti kenal dengan pelakon utamanya yang amat menarik perhatian ramai.
Drama Sutun ini sememangnya amat popular satu masa dulu yang mula ditayangkan di RTM dan kemudiannya kerana permintaan yang amat tinggi, ditayang pula di Astro.
Drama ini mengisahkan kisah suka duka seorang lelaki berjiwa lembut di sebuah kampung. Pelakon utamanya bernama Ku Yusry.
Memang lakonan beliau pun menjadi dan sangat berbakat sehinggakan wujud deama Sutun 2.
Drama tersebut mengisahkan pahit manis kehidupan seorang lelaki berjiwa Iembut yang dibesarkan di sebuah kampung.
Difahamkan, Ku Yusry adalah bekas pelajar bidang seni dan lakonan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Malah beliau turut menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA) di Kedah.

Menjadi guru
Menerusi laporan media, Ku Yusry telahpun bergelar pejuang seni dan pendidik di salah sebuah sekolah seni di Johor Bahru.

Daripada seorang lelaki lembut, beliau menepis kecaman orang ramai membuktikan dirinya mampu menjadi manusia berguna dan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

Baru-baru ini, tular di platform Tik Tok video memaparkan pelakon utama drama tersebut iaitu Ku Yusri Ku Rahman yang kini bergelar seorang cikgu sekolah. Di dalam video yang dimuat naik itu, pemilik video yang merupakan rakan sekerjanya menunjukkan gelagat Ku Yusri di dalam bilik guru.
Lebih menarik perhatian lagi, meja guru yang digunakan oleh pelakon itu juga dilihat berhias cantik dengan bertemakan warna merah jambu. Menurut pemilik video, pelakon yang membawakan watak Sutun ini memang meminati warna merah jambu di dunia realiti sama seperti watak di dalam drama tersebut.
Perkongsian video itu kini telah menerima lebih dari sejuta tontonan setakat ini malah pemilik video turut memuat naik beberapa video lain. Menurutnya, Ku Yusri merupakan penyeri di dalam bilik guru tersebut dan ramai yang cukup senang dengan personalitinya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkedu melihat perkembangan terkini watak Sutun yang telah berjaya bergelar seorang pendidik. Malah ramai juga yang terkejut dengan penampilan pelakon itu yang kini berkumis dan nampak lebih macho berbanding dahulu.