
Ini punca kenapa orang Sabah dan Sarawak selalu borong roti sebelum balik kampung halaman
Roti Gardenia memang kegemaran rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada di semenanjung atau pun di Sabah Serawak. Mungkin disebabkan rasanya yang luar biasa dan mempunyai pelbagai pilihan perisa menjadikan ianya pilihan nombor satu rakyat Malaysia.
Namun perasan atau tidak, jika orang dari Sabah atau Sarawak datang ke Semenanjung Malaysia, pasti mereka kan memborong Roti Gardenia untuk dibawa pulang dan bukanlah cenderahati seperti pakaian, kechain, fridge magnet dan sebagainya.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu mendedahan mengapa rakannya daripada Sarawak sering mengirimkan roti gardenia mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @iamkayrashld, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang berada di sebuah kedai runcit.
Dia kemudian menunjukkan harga di bahagian rotinya. Apa yang lebih mengejutkannya adalah harga roti yang mahal dan berbeza ketika dia berada di semenanjung.
Walaupun dia sudah empat kali datang ke Sarawak, tetapi dia memberitahu ini adalah pertama kali dia melihat sendiri harga roti tersebut. Tidak hairanlah mengapa ramai kawannya yang mengirim roti dari semenanjung.
Meninjau diruangankomen, rata-rata warga netizen turut terkejut melihat harga roti gardenia di sana malah berseloroh mengatakan harga tersebut boleh beli 3 buku roti di semenanjung.
Bukan itu sahaja, netizen juga tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan ianya begitu mahal di Sabah dan murah di Semenanjung.
Baca : Isteri cerita tentang pengalaman suami yang boleh nampak ‘benda’, dari mula kahwin sampai anak satu