Ini respon dan sebab kenapa anak muda Singapura takut dan tidak menggunakan bahasa melayu
Bagi rakyat Malaysia, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan jadi tidak terkejut majoriti menggunakan bahasa ini.
Namun, penggunaan bahasa Melayu dilihat kurang di Singapura dan belia di sana lebih memilih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Menerusi satu video di TikTok, @beritamediacorp, pengguna ini menemu bual belia dari Singapura untuk bertanya mengapa mereka tidak bertutur dalam bahasa Melayu.
Kebanyakan mereka memilih untuk tidak bercakap bahasa Melayu kerana dikelilingi oleh mereka yang sentiasa betutur menggunakan bahasa Inggeris.
Tambahan pula negara itu mempunyai banyak pelancong dan orang dari luar negara yang menetap dan bekerja di sana.
Apabila ditanya sama ada mereka kerap menggunakan bahasa Melayu, jawapan yang diberikan adalah “tidak”.
Sesetengah belia yang berada di sana mengatakan mereka dikelilingi oleh orang yang menggunakan bahasa Inggeris disebabkan itu mereka terpengaruh untuk bertutur dengannya.
Mereka turut menyatakan ia kedengaran agak kekok sekiranya mereka menutur dalam bahasa Melayu.
Rata-rata remaja atau anak muda di sana hanya menggunakan bahasa Melayu di rumah bersama orang tua atau bersama rakan melayu yang lain.
Jelas salah seorang daripada mereka, disebabkan di tempat belajar mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, maka penggunaan bahasa Inggeris adalah mudah untuk difahami.
Pun begitu, semuanya bermula dari rumah di mana bahasa komunikasi yang digunakan oleh ibu bapa dan keluarga.
Sekiranya berlatih dengan lebih kerap, cara sebutan juga akan menjadi lebih baik dan boleh bertutur tanpa sebarang masalah.